“Bang, air balang yang tak habis nak buat apa ye?”

“Boleh ke nak recycle untuk jual esok”

Kerap kali kami terima soalan macam ini. Jadi apa solusi paling baik kami boleh cadangkan adalah dengan mencari punca kena air balang anda pada hari itu tidak habis. Perkara biasa kalau hari hujan, mesti jualan air akan berkurang sedikit. Jadi nampak tak di situ apa puncanya? Hujan bukan.

Yang jadi masalahnya bila keadaan cuaca elok pun jualan masih kurang juga.

Punca paling utama adalah rasa itu sendiri. Air tak sedap sapa nak beli bukan? Susah sebenarnya nak cari resepi yang paling sempurna. Macam kami sendiri banyak ‘try n’ error’ juga sehinggalah dapat cari hampir sempurna. Setiap orang ada citarasa diorang sendiri, jadi kami sebagai peniaga ni sukar untuk memenuhi citarasa setiap pelanggan kami. Kalau air tak sedap, cari punca kenapa tak sedap. Mungkin terlebih gula atau pati? Mungkin? Daripada memikirkan nak buat apa dengan baki air tu, lebih baik anda perbaiki rasa air tu sampai sedap untuk jualan esok…

“Abis tu, air yang tak abis nak buat apa ye?”

“Buang jer ke? Membazir la pulak kan”

Ramai juga yang kreatif nak guna air yang tak habis tu buat dadih, buat ais krim, agar-agar dan macam-macam lagi. Ye memang boleh kalau anda ada banyak masa terluang. Tapi daripada pengalaman kami sendiri jika anda membuat banyak produk lagi, makin tak terurus la bisnes air balang anda.

Kenapa?

Yela.. Anda dah penat-penat berniaga jual air, lepas tu balik rumah nak kacau dadih lagi, nak bungkus buat ais krim lagi. Tak ke penat tu! Nak buat ais krim kena ada peri sejuk bersaiz besar lagi, nak simpan dadih lagi. Jadi fokus utama anda untuk melariskan air balang anda dah jauh terpesong. Nampak tak point yang saya jelaskan tu?

Kami biasa akan buang jer air yang tak habis tu. Seperti yang kami cakap sebelum ini, cari punca kenapa air tu tak habis. Cuba perbaiki. Fokus pada satu produk dahulu sebelum terbitkan produk yang lain..[bersambung]


Saya harap anda dapat pelajari sesuatu dari tips yang saya kongsikan hari ini. Untuk ketahui lebih banyak strategi bisnes air balang, boleh klik butang ini.Klik Sini