“Bang! Macam mana nak bagi warna hitam air mata kucing pekat dan melekat?”

“Kena campur sembuk kopi ke?”

Tersedak saya bila dengar soalan macam tu..hehe. Nak tergelak pun ada. Kalau campur kopi mesti akan hilang rasa keaslian air mata kucing, rasa macam minum air kopi dah kan. Jadi apa yang kami letak dalam air itu untuk bagi hitam melekat tu?

Rahsianya adalah Lo Han Kuo. Sejenis buah. Masukkan sekali buah Lo Han Kuo sekali ke dalam periuk. Lepas beberapa minit air akan bertukar menjadi kehitaman. Boleh didapati di kedai Singseh Cina atau kedai borong runcit.

air balang lo han kuo

Buah Lo Han Kuo

Nak bagi bangkitkan aroma air tu pula, masukkan 3-4 ikat daun pandan. Barulah air mata kucing korang menarik aroma pelanggan anda. Dari jauh lagi pelanggan anda dah terbau air anda.

Nak lagi perkongsian menarik dalam melariskan air balang anda?

Jom baca perkongsian ini di SINI

Ikhlas | Khairul Hisham


Saya harap anda dapat pelajari sesuatu dari tips yang saya kongsikan hari ini. Untuk ketahui lebih banyak strategi bisnes air balang, boleh ketahuinya DI SINI.