Tiga Faktor Air Soya Terus Popular

air soya popular

Semalam ketika berniaga di pasar malam, saya telah disapa oleh seorang kakak ini. Dia pun berniaga di pasar itu juga tapi menjual kuih-muih. 

“Bang, nak tanya lah sikit. Kalau kita baru nak mula jual air balang, tapi modal tak keras sangat. Air apa yang abang syorkan? Air yang mudah laku”, tanya akak tu.

Jadi akak tu bertanya dua soalan sebenarnya. Pertama air yang modal rendah, dan kedua air yang mudah laku. Sebagai peniaga sememangnya kita mahu buat bisnes modal rendah kan.

Jadi bagi menjawab persoalan ini, saya telah siapkan satu artikel khas untuk anda semua yang mungkin mempunyai  persoalan yang sama dengan akak itu.

*Artikel bermula*

Memang best kalau cuaca panas-panas macam sekarang dapat minum air soya yang segar dari ladang. Tak kiralah soya sejuk atau panas, memang telan air liur dibuatnya. Sebab itulah ramai saja penjual air balang menjual air soya di tepi jalan. Sekali terpandang mesti anda akan berhentikan kenderaan untuk singgah beli.

Bagi peniaga air, untung sangatkah jual air soya ini? Jadi saya akan jelaskan kenapa air soya ini mampu menjana pendapatan yang lumayan kepada peniaga.

Kos kacang soya yang murah.

Harga semasa untuk 1kg kacang soya dalam lingkungan RM4-RM5. Anda mampu menghasilkan satu balang air soya dengan menggunakan 1kg kacang soya tadi.

Satu balang air soya mampu hasilkan 100 cawan, jika satu cawan dijual dengan RM1 sudah menjana jualan RM100. Dengan bermodalkan kacang soya dan juga satu beg ais.

Digemari oleh setiap lapisan masyarakat.

Semua peringkat umur suka minum air soya, tak kira bangsa. Mahupun duduk di bandar atau di kampung, semua mempunyai permintaan kepada air soya. Jadi jual air soya anda akan menjadi stabil berikutan dengan ramai permintaan ini.

Evergreen (Tak ditelan zaman)

Jika diperhatikan kemunculan air soya ini sebenarnya dah lama. Tapi masih lagi ada permintaan sehingga sekarang. Tak macam air yang muncul daripada viral di media sosial, dalam 3-6 bulan air macam ini akan lenyap. Sekejap saja hot. Macam air kopi hipster, ice blended, dan air teh viral.

Jadi jika anda baru nak menceburi bisnes jual air ini, saya amat syorkan anda untuk bermula dengan menjual air soya. Modal pun tak banyak diperlukan, tapi untung memang berganda-ganda. Rugi tak cuba.

Apa dikongsikan dalam ebook ini?

Dalam ebook ini, saya jelaskan secara terperinci mengapa air soya cepat basi. Ramai yang terjadi kepada peniaga air soya ini. Ada yang dah naik malas nak jual air soya disebabkan masalah ini. Saya juga senaraikan enam kesilapan yang perlu anda elakkan dalam menyediakan air soya. Saya sendiri alami masalah ini dahulu. Yela kan, baru nak mula jual air soya. Kalau tak elakkan enam perkara ini. air soya akan berbau masam.

Selain itu, saya turut kongsikan rahsia-rahsia bagaimana untuk membuat air soya yang terbaik!

  • Langkah demi langkah menghasilkan air soya untuk balang 33 liter.
  • Kacang soya jenis apa yang terbaik yang perlu digunakan untuk mendapatkan air soya yang sedap?
  • Bagaimana untuk mengelakkan air soya rasa hangit?
  • Bagaimana untuk mengelakkan air soya cepat basi?
  • Bagaimana untuk menjadikan air soya pekat dan tidak cair?

Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook air soya ini, sila klik butang di bawah ini.

About The Author

1 thought on “Tiga Faktor Air Soya Terus Popular”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *