Balang Air Murah Dalam Memulakan Bisnes Air Balang

Pada perkongsian kali ini, saya akan ceritakan cara mendapatkan balang air murah dan mudah untuk anda. Pemilihan balang air juga merupakan faktor utama menentukan jualan air anda. Mengapa? Nak tahu sebabnya, saya kena cerita dahulu jenis-jenis balang yang dijual di luar sana.

Balang air terbahagi kepada dua jenis. Pertama jenis plastik dan yang kedua jenis kaca. Daripada segi harga, sudah pasti balang air jenis plastik akan jauh lebih murah daripada balang air jenis kaca.

Malah ianya lebih ringan dan mudah untuk anda bawa ke tempat jualan. Kalau terhentak pun pasti tidak mudah pecah sebab ianya diperbuat daripada plastik. Tapi itu bukan bermaksud yang balang jenis plastik lebih baik. Kenapa pula?

Jangan beli balang jenis ini!

Berdasarkan kepada pengalaman saya menjual air balang, bila saya menggunakan balang air jenis plastik ini warna air yang berada dalam balang akan kelihatan kabur dan kurang menarik.

Jadi saya amat sarankan anda untuk beli balang air jenis kaca. Walaupun harga balang air jenis ini tidak seberapa murah, sekitar RM130 – RM150 untuk satu unit. Ianya tidak mengapa kerana pelaburan ini sangat berbaloi untuk jualan air anda dikemudian hari.

Untuk berniaga air balang, pastikan anda menyediakan sekurang-kurangnya tiga biji balang air jenis kaca. Sebaik-baiknya berkapasiti 33 liter. Saya selalu tekankan kepada peniaga yang baru nak memulakan bisnes jual air ini menyediakan sekurang-kurangnya tiga jenis balang di tapak jualan.

Sebab utamanya adalah untuk menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di depan gerai anda. Kalau satu balang sahaja agak sendu saja kan?

Artikel berkaitan: Cara Jual Air Balang Untung Rm500 Sehari.

Pastikan first impression bakal pelanggan anda itu positif. Cuba bayangkan jika anda sebagai seorang pelanggan datang ke gerai peniaga yang menggunakan balang plastik, mesti anda akan fikir mesti penjual ini baru saja cuba menjual air kan?

Disitu first impression pelanggan sudah negatif. Jangan disebabkan untuk menjimatkan kos, pelanggan pula tak berminat nak singgah di gerai anda.

Jangan menggunakan balang air jenis plastik.
Jangan menggunakan balang air jenis plastik. Warna air nampak kabur dan tidak menarik.
Sila gunakan balang air jenis kaca.
Sila gunakan balang air jenis kaca. Warna air nampak menarik dan menyelerakan.
balang air murah satu balang
Gerai kelihatan agak kurang menarik bila hanya menggunakan satu balang.
balang air murah tiga balang
Gerai nampak lebih meriah dengan menggunakan tiga balang. Lagi banyak balang lagi mudah untuk tarik perhatian orang ramai.

Mana nak cari balang air?

Jadi dekat mana nak beli balang air jenis kaca ini? Nak mudah cuba cari di Mudah.my ataupun dekat Shopee dan Carousell. Anda boleh survey dahulu harga semasa untuk satu balang. Saya selalu juga survey harga dekat sini untuk mendapatkan balang air murah.

Anda juga boleh beli terus daripada saya dengan klik butang “Beli Sekarang” di bawah ini.

Ringkasannya adalah seperti berikut:

  • Cari balang air jenis kaca
  • Cari balang air berkapasiti 33 liter
  • Cari harga dalam RM130-RM150 (Lagi murah lagi baik)
  • Beli sekurang-kurangnya tiga balang

Saya harap perkongsian ini akan dapat membuka jalan anda untuk memulakan bisnes air balang ini. Untuk mendapatkan lagi ilmu dalam bisnes jual air ini, anda boleh membaca kisah jatuh bangun saya dalam dunia jual air dengan klik butang di bawah.

About The Author

4 thoughts on “Balang Air Murah Dalam Memulakan Bisnes Air Balang”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *