Bisnes modal kecil untung besar memang dicari-cari setiap peniaga baru. Setiap peniaga mengidamkan sesuatu bisnes modal kecil tapi boleh untung besar dalam masa singkat. Ramai antara mereka hanya berani untuk mengeluarkan modal kecil kerana tidak ingin terus terjerumus dalam lembah kerugian sekiranya bisnes yang mereka usahakan itu tidak menjadi. Sekurang-kurangnya modal yang dikeluarkan cumalah kecil, jadi tidak apalah jika rugi dengan modal sedikit tersebut.
Cuba buat bisnes modal kecil untung besar ini.
Tapi jika anda betul-betul hendak menjalankan bisnes modal kecil untung besar seperti itu saya amat sarankan anda bermula dengan bisnes air balang. Ramai yang fikir orang yang jual air di tepi-tepi jalan itu hanya biasa-biasa.
Ops! Anda silap. Sebabnya dengan buat bisnes air lah yang buat mereka ini mengaut keuntungan besar. Cuba bayangkan dengan hanya bermodalkan RM12 untuk membancuh air, peniaga air ini dapat hasilkan jualan RM120.
Itu situasi sekiranya mereka dapat jual habis satu balang air. Kalau tak laku pun, dengan hanya jual enam bungkus air pun sudah balik modal.

Tak semua bisnes modal kecil boleh untung besar!
Mesti anda rasa berminat kan nak mulakan bisnes ini? Tapi itu hanyalah manisnya sahaja. Anda jangan lupa setiap jenis perniagaan ada manis dan ada pahitnya juga. Okey! Saya cerita yang pahitnya pula. Ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri.
Saya mula berminat dalam bisnes air balang ini sejak 2008 lagi. Ketika itu saya tercari-cari apakah bisnes modal kecil untung besar yang boleh saya lakukan. Maklumlah ketika itu modal pun cukup-cukup makan sahaja.
Kesilapan terbesar saya.
Bermula daripada situ saya mula tertarik dengan bisnes air balang ini. Tapi kesilapan terbesar saya ketika itu adalah main buat saja. Saya pun bukanlah ada apa-apa asas dalam berniaga ni.
Jadi banyak perkara yang saya tidak tahu. Orang kata main langgar jer. Daripada situ banyak modal yang terbuang. Air yang dijual tidak laku. Gerai sunyi sepi. Daripada awal ingat nak jimatkan duit dengan buat bisnes modal kecil untung besar, kesudahannya banyak pula duit yang hangus.
Kalaulah daripada awal lagi saya sudah cari orang berpengalaman dalam buat bisnes jual air alangkah bagusnya. Setidak-tidaknya boleh juga saya meminta nasihat mereka. Tapi nak buat macam mana kan, benda sudah lepas.
Baca: Kesilapan terbesar dalam bisnes air balang.
Berapa kos nak mulakan bisnes jenis ini?
Nak buat apa jua bisnes sudah mesti kena tahu modal permulaan bukan? Jadi saya sudah siapkan satu ebook khas untuk anda. Ebook ini menceritakan tentang modal yang perlu anda sediakan dalam memulakan bisnes jual air balang ini. Anda boleh klik butang di bawah ini untuk download secara percuma.

Air yang laku keras.
Sepanjang saya berniaga air ini, air yang paling banyak permintaan adalah air yang sedang viral. Memang pelanggan akan beratur panjang kalau anda menjual air yang tengah viral. Antaranya ialah air kopi hipster.
Tapi sayang, kebanyakan air yang viral ini hanya mampu bertahan sekejap sahaja. Paling lama pun dua bulan sahaja. Lepas itu permintaan air ini akan mula berkurang dan kemudiannya sepi. Tapi sebagai peniaga kita kena pandai mengambil peluang.
Kalau air itu sudah tiada permintaan, kita jual air lain pula. Sekarang ini tengah viral air bubble tea. Jangan tunggu lagi! Kerana permintaan air ini pun bakal berkurang juga nanti. Selagi masih banyak permintaan ini, boleh jual kaw-kaw punya.


Tapi kalau anda tidak mahu mengejar trend semasa boleh menjual air yang sentiasa mendapat permintaan. Salah satunya ialah coconut shake. Memang tidak pernah putus permintaan air ini. Tapi sambutannya tidaklah sehangat dengan sambutan air viral.
Coconut shake ini mudah untuk dicari, manakala air viral ini hanya wujud dan femes pada ketika ia viral sahaja. Jadi tak hairanlah kenapa pelanggan sanggup untuk beratur untuk mendapatkan air-air viral ini.

Bukan bergantung kepada viral sahaja!
Sambutan kepada sesuatu jenis air bukanlah bergantung kepada viral semata-mata. Tapi bergantung juga kepada cara untuk tarik pelanggan. Paling utama sila pastikan orang ramai tahu kewujudan gerai air anda.
Dalam ebook Bisnes Air Balang ada ditunjukkan cara menarik pelanggan untuk bertandang ke gerai anda. Salah satu cara untuk tarik perhatian orang ramai datang ke gerai anda adalah dengan menggantung banner ataupun banting.
Tapi pastikan reka bentuk banner tersebut cantik dan boleh menarik perhatian bakal pelanggan anda.
Artikel berkaitan: Kepentingan Menggantung Banner
Kesimpulan.
Nasihat saya untuk anda, jika nak buat apa-apa bisnes apa pun, pastikan anda cukup ilmu di dada sebelum terjun ke dalam sesuatu perniagaan. Jangan main langgar macam saya dahulu, banyaklah modal yang bakal hangus nanti.
Itulah serba-sedikit pengalaman saya dalam bisnes modal kecil untung besar dengan menjual air balang ini. Jika anda berminat untuk berniaga dalam bisnes jual air balang ini bolehlah klik butang di bawah ini.
Ada seorang otai air balang sudi berkongsikan pengalaman beliau kepada anda tentang bisnes air balang. Iaitu salah satu daripada contoh bisnes modal kecil untung besar. Rugi kalau tak baca.