Jual Jus Buah Naga Boleh Untung Tak?

Ossemm! Jom baca… Pada pendapat jujur saya, jus buah naga ni tak berapa sedap pun. Okey la.. Tak tahu la kalau anda suka rasa dia. Tapi sebagai peniaga kita kenalah ikut selera pelanggan kita kan. Mungkin warna jus tu yang merah ungu memikat hati pembeli kot. Saya agak la. Ni adalah tempat yang selalu saya

Selanjutnya »

Kepentingan Menggantung Banner Air Balang

Salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan datang ke gerai anda adalah dengan menggantung banner. Cuba anda posisikan diri anda sebagai pembeli, jika anda tengok gerai yang ada banner apa first impression anda? Banner tu pula profesional. Sudah tentu anda sangka bahawa peniaga ni dah lama kan buat bisnes ini. Padahal anda baru jer bermula

Selanjutnya »
air balang air mata kucing

Rahsia Air Mata Kucing Hitam Pekat & Melekat

“Bang! Macam mana nak bagi warna hitam air mata kucing pekat dan melekat?” “Kena campur sembuk kopi ke?” Tersedak saya bila dengar soalan macam tu..hehe. Nak tergelak pun ada. Kalau campur kopi mesti akan hilang rasa keaslian air mata kucing, rasa macam minum air kopi dah kan. Jadi apa yang kami letak dalam air itu

Selanjutnya »

Suntikan Typhoid Untuk Peniaga Air Balang

Kalau nak berniaga air balang di bazar ramadan, peniaga perlu mendapatkan suntikan typhoid bagi mengelakkan anda susah di kemudian hari. Pihak berkuasa memang akan menjalankan operasi di sekitar bazar ramadan, kalau nasib kurang baik kena kompaun la jawabnya. Semua pengendali makanan di Malaysia wajib patuh kepada AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988 yang

Selanjutnya »
Air Balang Tak Habis

Air Balang Yang Tak Habis Nak Buat Apa?

“Bang, air balang yang tak habis nak buat apa ye?” “Boleh ke nak recycle untuk jual esok” Kerap kali saya terima soalan macam ini. Jadi apa solusi paling baik saya boleh cadangkan adalah dengan mencari punca kenapa air balang anda pada hari itu tidak habis. Perkara biasa kalau hari hujan, mesti jualan air akan berkurang

Selanjutnya »

9 Tips Menjual Air Balang Di Tepi Jalan!!

Kali ini kami nak kongsi beberapa tips yang kami perolehi hasil dari menemuramah beberapa orang penjual air di tepi jalan. Tips ini bukan sahaja sesuai untuk orang yang menjual air, orang yang menjual kuih, goreng pisang, nasi lemak dan apa-apa sahaja di tepi jalan juga sesuai amalkan! Cari Jalan Dua Hala! Bila berniaga tepi jalan,

Selanjutnya »

Untung Bersih Air Balang RM500 Sehari !

Masa bulan puasa peniaga air balang ni kaut keuntungan melalui berniaga di bazar ramadan. Tapi pada musim perayaan lagi la berlipat kali ganda kalau pandai cari peluang. Macam mana tu? Okey, musim perayaan ni lah ramai yang akan melangsungkan majlis perkahwinan. Sebagai contoh, anda ambil bayaran RM100 untuk setiap balang. Tapi jika majlis kahwin, tuan

Selanjutnya »

Tips Memilih Tapak Bazar Ramadan Untuk Berniaga Air

Sebelum anda memilih tapak pasar ramadan yang anda suka, kaji dulu lokasinya. Jangan pilih pasar ramadan yang baru dianjurkan atau tak pernah wujud sebelum ini. Tapak baru amat susah untuk tarik pelanggan datang. Ada penganjur yang niatnya hanya untuk kaut untung melalui yuran tapak kepada peniaga. Mereka tak akan bertanggungjawab dan akan lesap jika bazar

Selanjutnya »