Topik: Cara Berniaga Air Balang Dengan Permit Yang Sah. Ramai yang bertanya saya bagaimana cara untuk memohon permit berniaga di bazar ramadan. Sempena bulan ramadan yang bakal datang tak lama lagi ini, jadi saya nak kongsikan sedikit cara untuk memohon tapak atau permit untuk berniaga di bazar ramadan.

Perkara (1), (2), & (3) perlu dihantar bersama ketika momohon permit kepada penganjur tapak bazar.
Wajid kena ada.
Kursus pengendalian makanan wajid ada pada setiap pengendali makanan atau minuman. Ada Pihak Majlis atau PBT memandang serius keperluan sijil ini. Tak mahu susah dikemudian hari anda kenalah hadir kursus ni. Anda hanya perlu luangkan masa 3-4 jam saja untuk menyertai kursus ini. Lagipun sijil ni sah seumur hidup. Bayaran pula tidaklah semahal mana dalam RM50.
Bayaran itu bergantung kepada pihak penganjur dan ada yang lagi murah daripada itu. Tapi sila pastikan pihak penganjur itu ada pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam buku panduan Bisnes Air Balang kami telah senaraikan beberapa pihak penganjur untuk anda.
Penampilan peniaga yang baik.
Pihak KKM memang menitikberatkan penampilan seorang pengendali makanan ataupun minuman. Ianya bagi mengelakkan pengguna atau pembeli mendapat kemudaratan berpunca daripada sumber makanan yang tidak bersih.
Sebagai peniaga air balang, anda wajib untuk memenuhi enam ciri-ciri seorang pengendali makanan yang baik ini.
- Sentiasa memakai topi, serkup atau sebarang penutup kepala yang dibenarkan.
- Memakai uniform atau pakaian bersama apron dalam keadaan yang bersih.
- Menanggalkan semua aksesori dan barang kemas pada jari dan tangan.
- Memakai kasut yang bersih dan tertutup.
- Memiliki kuku jari yang terpelihara – pendek, bersih dan tidak diwarnakan.
- Tidak mengaru-garu, merokok semasa menyediakan makanan, amalkan tingkahlaku yang baik.
Enam ciri-ciri amat dititikberatkan dalam setiap pengendali makanan ataupun minuman bagi memastikan makanan yang disediakan itu betul-betul selamat untuk dimakan. Jika ciri-ciri ini diabaikan, kemungkinan untuk berlakunya kes keracunan makanan adalah tinggi.

RM30 untuk satu suntikan.
Untuk suntikan Typhoid pula adalah wajid diambil oleh setiap peniaga. Suntikan ini ada tarikh luput dia, bergantung kepada klinik yang anda pergi. Bayaran pula dalam RM30 untuk tempoh satu tahun. Ada juga klinik yang menawarkan suntikan untuk 2-3 tahun sekaligus.
Suntikan ini bertujuan mengelakkan pengendali makanan daripada dijangkiti penyakit tifoid dan mencegah penularan kepada orang awam melalui makanan atau minuman.
Artikel berkaitan: Suntikan Typhoid Untuk Peniaga Air Balang
Bila sudah selesai, anda akan diberikan surat akuan pemberian suntikan dan sebagai langkah berjaga-jaga kena pamerkan surat akuan ini semasa berniaga. Kalau tak nak kena kacau dengan kakitangan PBT la.
Kena tempah awal!
Pemohonan tapak bazar perlu dibuat 1-2 bulan sebelum bermulanya bulan ramadan. Kalau lambat memang susah la nak dapat tapak dekat depan. Kat hujung-hujung la nampak gayanya. Harga tapak pula bergantung kepada keluasan tapak daripada RM90 sehinggalah RM800. Yang harga RM800 ni biasanya pihak penganjur akan membekalkan khemah besar untuk anda.
Satu tip untuk pastikan tapak bazar tu pupolar ke tak cuba periksa rekod sejarah penganjur yang dia uruskan sebelum ini. Paling penting pastikan ada kemudahan seperti surau, tandas, ruang parkir dan ada kawalan lalulintas.

Itulah serba sedikit bagaimana nak dapatkan permit berniaga di bazar ramadan. Ingin dapatkan lebih informasi tentang bisnes air anda boleh dapatkan ebook Bisnes Air Balang.