Cara Buat Air Balang Untuk Jualan Tahun Ini

Nak tahu cara buat air balang untuk jualan? Sebenarnya nak memulakan bisnes air balang ini tidak memerlukan banyak peralatan pun. Hanya sekadar memerlukan peralatan asas seperti balang air, meja dan kanopi sahaja sudah mencukupi.

Jadi suka saya kongsikan cara buat air balang bagi kegunaan untuk jualan ini. Ada empat aspek bagi memulakan jualan air balang anda. Iaitu tapak jualan, peralatan, pengurusan masa, dan jenis air ingin dijual.

Empat Cara Buat Jualan Air Balang

Kenali lokasi yang ramai orang

Pertama sekali, sebelum anda ambil keputusan untuk membeli semua kelengkapan jual air balang ini, anda seharusnya perlu membuat penelitian terlebih dahulu tentang kawasan yang bakal anda menjual nanti. Penelitian ini untuk memastikan kawasan anda pilih itu akan mendapat sambutan ataupun tidak.

Antara kawasan hot boleh anda pilih adalah kawasan sekolah, asrama pelajar universiti,…

Artikel berkaitan: RM500 sehari jual air di depan sekolah.

Peralatan dan kelengkapan

Peralatan asas yang perlu anda sediakan antaranya balang air, meja lipat, kanopi, dan tong simpanan ais.  Manakala lain-lain kelengkapan seperti cawan, plastik bungkusan, bekas air gula, tali pengikat dan senduk penyiduk.

Mungkin anda tertanya-tanya berapakah modal untuk membeli semua peralatan ini bukan. Jika anda ingin tahu, saya sudah buat senarai lengkap kesemua harga peralatan ini. Anda boleh baca ebook di bawah ini secara percuma sahaja.

Pengurusan masa berniaga

Saya perhatikan ramai peniaga air balang yang tidak konsisten dalam pengurusan masa berniaga. Anda perlu bijak dalam merancang masa agar segala urusan berjalan dengan lancar.

Jika anda ingin menjual air buah, segala proses memasak dan mengisar buah dilakukan pada malam sebelum berniaga. Hasil kisaran itu perlu disimpan tempat sejuk agar ianya tidak menjadi busuk atau basi.

Ais pula perlulah dibeli pada masanya agar ianya tidak mencair begitu sahaja nanti. Saya ada kongsikan secara terperinci dalam ebook Bisnes Air Balang berkenaan pengurusan masa ini.

Anda perlu tetapkan bila masa anda berniaga dan bila masa anda cuti. Ini bagi memastikan pelanggan tahu agar mereka bila sampai di gerai anda tiba-tiba gerai anda tutup. Lama kelamaan mereka naik menyampah kemudian beralih membeli daripada peniaga yang lain pula.

Jual air yang banyak sambutan

Jika anda nak keuntungan cepat, anda boleh menjual air yang tengah viral pada masa sekarang. Contohnya bubble tea. Tapi anda perlu tahu bahawa air jenis viral ini ada masa surutnya juga. Paling lama pun boleh bertahan 4-6 bulan, kemudian permintaan pada air ini semakin berkurangan hari demi hari.

Kalau tak nak menjual air jenis itu, anda boleh jual air yang dapat permintaan sepanjang musim. Bak kata orang putih evergreen. Jualan air ini tidaklah serancak dengan jualan air viral itu, tapi masih lagi ada permintaan. Contohnya air soya, air tembikai susu dan air kedondong asam boi.

Artikel berkaitan: Resepi air tembikai susu lariskan jualan air balang

Cara Buat Promosi Air Balang

Semua peralatan sudah siap sedia, tapi kalau tiada pembeli tiada guna juga bukan. Jadi anda perlulah pandai dalam menarik perhatian orang ramai untuk singgah di gerai air anda.

Antara promosi yang boleh anda lakukan adalah mempamirkan banting atau banner di gerai anda. Ada juga peniaga yang menggunakan cara buat promosi air balang dengan menggantung buah-buahan plastik seperti buah mangga plastik dalam menarik perhatian bakal pelanggan mereka.

Dalam hal ini, anda perlulah kreatif dalam mencipta kelainan gerai jualan anda dengan peniaga yang lain.

Cara Buat Kelainan Menjual Air Balang

Keunikan dalam menjual juga menjadi sebab sesuatu air balang itu laris ataupun tidak. Di sini saya tunjukkan beberapa contoh cara buat keunikan air balang yang telah dilakukan oleh peniaga air.

Mango Float Royal

Satu daripada cara untuk tampilkan kelainan boleh juga dengan memberi nama pada setiap air yang anda jual. Suka saya berikan saru contoh penjual air mangga. Anda pasti kenal dengan Manggo Float Royal Melaka bukan?

Mereka pada asalnya hanya menjual air mangga sahaja. Tapi dengan kreativi yang mereka mainkan, mereka berjaya mencipta kelainan air mereka dengan air mangga yang lain.

Air Jagung Ketagih

Lagi satu contoh adalah penjual air jagung. Mereka juga hanyalah menjual air jagung seperti penjual air yang lain juga. Tapi dengan kreativiti mereka, berjaya mencipta kelainan dengan memberi nama Air Jagung Ketagih.

Gerai jualan mereka biasa-biasa sahaja, tapi dalam sehari berjaya menjana jualan RM1,500 . Anda boleh baca kisah mereka dengan di bawah ini.

Cara Tingkatkan Jual Air Balang

Akhir kata, nak berniaga air balang tidak cukup sekadar tahu menghasilkan air yang sedap sahaja, tapi anda perlu teknik menjualnya juga. Ingin belajar lebih mendalam cara jual air balang dengan betul?

Jom baca perkongsian pengalaman Encik Mizan ini selaku penjual air selama 10 tahun pengalaman. Klik butang di bawah ini untuk baca sekarang. Jom baca di » Klik Sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *