Ramai yang bertanya kepada saya cara buat air tembikai dan meminta perkongsian resepi air tembikai. Jika anda nak tahu, air tembikai ini tidak perlukan banyak bahan pun untuk disiapkan. Yang paling penting adalah tembikai itu sendiri.
Rasa air tembikai itu 100% bergantung kepada tembikai yang anda pilih untuk dijadikan jus. Rasa isi tembikai itu sendiri pun sudah sedap.
Resepi!
Atas permintaan ramai, suka saya kongsikan bahan-bahan dan juga cara buat air tembikai versi air balang. Bahan-bahan ini adalah persedian membuat jus tembikai untuk balang air 24 liter.
- 1-3 biji buah tembikai
- Air masak
- Pewarna merah
Sebelum dipersiapkan untuk dijual di tapak jualan, kesemua bahan ini perlu disediakan terlebih dahulu. Jadi bila sudah tiba di tapak jualan, hanya perlu ditambah ais sahaja. Ini adalah persediaan yang perlu anda lakukan di rumah.
- Kupas tembikai dan potong isinya kecil-kecil.
- Masukkan isi tembikai tadi sehingga separuh pengisar.
- Tuang air masak sehingga suku pengisar.
- Kisar bahan tadi sehingga sebati.
- Tuang bahan yang dikisar ke dalam balang air.
- Ulang proses mengisar ini sehingga isi tembikai tadi habis.
Bila sudah tiba di tapak jualan, beberapa persediaan perlu dilakukan.
- Tuang jus tembikai yang dikisar tadi ke dalam balang air besar.
- Tambahkan lagi 1 liter air ke dalam balang.
- Masukkan pewarna merah setitik demi setitik sehingga warna mendapat warna merah yang cantik.
- Masukkan ais kiub 1 bag sehingga penuh balang air.
- Kacau rata dan sedia untuk dijual.

Resepi air tembikai ini merupakan salah satu daripada 20 resepi yang saya kongsikan dalam ebook Bisnes Air Balang. Anda boleh rujuk semula dalam bab 5, resepi nombor 3. Dekat situ saya telah terangkan secara terperinci untuk menyediakan air tembikai ini.
Air Tembikai Sedap?
Rasa sedap jus tembikai ini bergantung kepada kualiti buah itu sendiri. Tapi macam mana nak pilih buah tembikai yang berkualiti? Usah risau! Saya akan kongsikan kepada anda semua cara untuk pilih buah yang berisi elok dan rasanya yang manis.
Artikel berkaitan: Cara Pilih Buah Tembikai Yang Manis Dan Berisi Elok
Di bawah ini adalah ciri-ciri tembikai yang sesuai untuk dijadikan jus.
- Tembikai yang berkulit licin. Kulit tembikai yang berstaktur kasar menandakan ianya masih mentah.
- Cari tembikai yang fizikalnya nampak kecil tapi berat.
- Pilih tembikai yang berbentuk sama kiri dan kanan.
- Cari tembikai yang pangkalnya gemuk dan hujungnya berwarna putih kuning air.
- Pilih buah yang berjalur yang berputus-putus pada kulitnya. Jangan pilih yang jalur bersambung.
- Tepuk-tepuk dahulu buah tembikai dengan jari. Pilih yang berbunyi seakan-akan kosong kerana itulah tanda ianya sudah masak dan manis isinya.

Banyak Ke Untung?
Dalam apa jua perniagaan, memang tidak boleh lari daripada untung dan rugi. Tapi yang bestnya jual air ini, modal yang perlu anda keluarkan adalah tersangatlah kecil jika nak dibandingkan dengan keuntungan yang bakal anda dapat nanti. Sebagai contoh, dengan bermodalkan RM21 anda akan dapat pulangan RM81.

Pengiraan di atas ini adalah keuntungan yang bakal anda perolehi jika jual air tembikai untuk satu balang. Tapi saya amat sarankan anda untuk menjual sekurang-kurangnya tiga jenis air. Contohnya, anda boleh tambah lagi air durian belanda dan juga air mangga. Keuntungan yang bakal anda peroleh juga akan berganda tiga kali ganda sekiranya anda boleh menjual tiga balang air.
Artikel berkaitan: Resepi tembikai susu.
Air tembikai ini sangat sesuai jika dijual di kawasan sekolah. Saya pernah berjumpa seorang penjual air balang yang jual jus tembikai kepada budak-budak sekolah. Memang akan laku keras mungkin disebabkan oleh faktor cuaca yang panas dan warna jus ini yang kemerahan yang berjaya menarik perhatian pembeli.
Artikel berkaitan: Strategi Jual Air Di Kawasan Sekolah

Mana Kawasan Strategik?
Air dah sedap tapi kalau tapak jualan tak ada orang pun tiada guna juga. Jadi sebelum anda nak jual air tembikai ini, buat kaji selidik terlebih dahulu kawasan-kawasan yang ramai orang lalu-lalang. Saya sendiri ada kongsikan kawasan-kawasan panas untuk jual air balang dalang ebook Bisnes Air Balang. Tapi sebagai penghargaan kepada anda semua yang sudi baca blog saya ini, saya ada kongsikan empat kawasan panas untuk anda mulakan perniagaan air tembikai ini. Antaranya ialah di kawasan pasaraya terkenal, pasar malam atau pasar tani, kawasan asrama IPT atau universiti dan kawasan tumpuan atau kemudahan penduduk.

Mungkin anda pernah nampak gerai-gerai yang menjual jus tembikai di tepi-tepi jalan. Ini juga adalah kawasan strategik dan boleh mendapat sambutan jika kena dengan caranya. Tapi ia tidak semudah itu! Sebab banyak aspek perlu anda lihat sebelum menjual air di tepi jalan ini. Untuk itu, saya ada kongsikan perkara ini dalam artikel di bawah ini.
Baca Artikel Ini: Sembilan Tips Menjual Air Balang Di Tepi Jalan
Mudah bukan buat bisnes jual air ini? Yang paling best adalah modal yang rendah dan amat sesuai buat anda yang baru nak mula buat bisnes. Dengan perkongsian cara buat air tembikai ini, saya harap dapat membuka jalan anda untuk bermula menjual air tembikai ataupun mana-mana jus buah yang lain.
Saya ada tuliskan satu artikel pasal menjual air balang yang mampu menjana pendapatan RM7,000 sebulan. Jika berminat nak tahu boleh baca dengan klik butang di bawah ini.
Terima kasih Tuan sebab sudi kongsikan resepi air tembikai ni. Isyaallah bulan puasa nanti saya cuba berniaga air tembikai di bazar ramadan.
Sama-sama. Boleh cuba dulu, lagipun air tembikai ini mudah saja nak sediakan.
Tak perlu campur air gula dah ke?
Ye perlu tambah air gula. Tambah air gula asing dalam cawan bila ada pembeli.