Saya sering terima persoalan daripada rakan-rakan terdekat yang mulai minat untuk berniaga tentang cara memulakan bisnes dengan mudah tapi menguntungkan.
“Bro, bisnes apa ye modal kecil tapi untung banyak?”, lebih kurang begitulah pertanyaan rakan-rakan terdekat kepada saya. Sebenarnya untuk bisnes model tersebut terdapat banyak jenis, tapi saya sebagai penjual air balang mestilah merekemenkan bisnes jual air sebagai bisnes mudah dan menguntungkan. Sebab paling utama adalah saya mempunyai pengalaman dalam bisnes tersebut. Jadi mudah bagi saya untuk menerangkan selok belok model bisnes macam ini.
Okey, berbalik kepada bisnes air balang itu. Kenapa saya mengatakan bisnes air balang adalah cara memulakan bisnes mudah dan menguntungkan?
Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya besar. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah. Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000. (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air). Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).
Sebagai contoh…
Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00. Bermakna anda sudah memperolehi RM120. Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan. Begitu juga dengan air-air yang lain. Kadar keuntungan kasar bisnes air ini, selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.
Akan tetapi, itu hanyalah pengiraan di atas kertas. Bisnes tidaklah semudah itu! Setuju tak?
Baiklah! Sebelum anda bergegas membeli kanopi dan balang air untuk menjalankan bisnes air ini. Biar saya berterus terang dengan anda! Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran! Anda mungkin berfikir… “Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000… Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!”Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.
Pertama sekali, dari segi modal! Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan. Jom teruskan bacaan di sini