Jus tembikai merupakan minuman kesukaan rakyat Malaysia. Mungkin warna jusnya yang merah memikat itu berjaya menarik hati setiap insan yang terpandang jus ini. Lagi sedap kalau rasanya pun padu kan? Nak dapat rasa yang ‘padu’ tu kenalah pandai pilih buah tembikai yang baik untuk dibuat jus. Barulah air balang korang sold out setiap hari.
Jadi saya senaraikan beberapa petua dalam memilih buah tembikai yang manis dan elok isinya:
- Pilih tembikai yang berkulit licin. Kulit yang kasar menandakan tembikai itu masih mentah.
- Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya.
- Pilih buah yang sama bentuknya kiri dan kanan (simetri).
- Pilih tembikai yang pangkalnya gemuk. Di bahagian hujungnya pula berwarna putih kuning air.
- Pilih tembikai berkulit berjalur yang kelihatan putus-putus (elakkan jalur bersambung terus).
- Cuba tepuk-tepuk atau jentik-jentik tembikai dengan jari. Jika ia berbunyi seakan-akan kosong, itu menandakan ianya sudah masak dan berisi manis.
Artikel berkaitan: Cara Buat Air Tembikai Dan Resepi Air Tembikai Paling Ringkas







Ini adalah sebagian tip-tip yang saya kongsikan dalam ebook Bisnes Air Balang. Jika anda nak tahu lebih mendalam tentang bisnes jual air ini, boleh klik butang di bawah.
Saya berminat untuk belajar jual air balang.
Hi Amirah, saya ada sediakan satu panduan khas untuk memulakan bisnes jual air balang ni. Segala tentang cara jual air bermula dari penyediaan peralatan sehingga menyewa tapak jualan saya ada kongsikan di sana.
Jangan lupa baca dulu ye. Detail ada saya ceritakan di https://airbalang.com/