Kepentingan Menggantung Banner Air Balang

Salah satu cara untuk menarik perhatian pelanggan datang ke gerai anda adalah dengan menggantung banner. Cuba anda posisikan diri anda sebagai pembeli, jika anda tengok gerai yang ada banner apa first impression anda? Banner tu pula profesional. Sudah tentu anda sangka bahawa peniaga ni dah lama kan buat bisnes ini. Padahal anda baru jer bermula semalam.

Lagi satu, anda juga boleh letakkan slogan di banner anda. Contohnya, ” Dijamin guna air masak 100%”. Sebab ramai peniaga air balang yang mencari jalan singkat untuk untung lebih menggunakan air paip dalam bancuhan air mereka. Sekurang-kurangnya pelanggan anda tahu bahawa air yang anda guna itu adalah air masak. Tapi anda perlulah jujur, jangan hanya di banner jer cakap air masak.

Dalam perhatian saya, sudah ramai peniaga air balang yang dah menggantung banner mereka sendiri. Jangan sayang duit untuk mengupah pereka grafik untuk membuat banner anda. Sebab itu sudah kepakaran mereka, hasilnya sudah tentu cantik kan.

Lima ciri banner yang baik.

1. Kesederhanaan
Jenama/brand yang diingati biasanya mempunyai logo design yang ringkas dan penggunaan warna yang minima. Contohnya, McDonald’s menggunakan huruf M berwarna kuning dengan latar merah.

2. Kesan yang mendalam
Design harus efektif dan memberi impak. Contohnya, jika ternampak saja huruf M kuning dengan latar merah, first impression akan terus anggap itu logo McDonald’s tapi rupanya hanya logo produk lain yang hampir serupa.

3. Keabadian
Design yang akan terus diingati sampai bila-bila walaupun berpuluh tahun telah berlalu. Contoh terbaik adalah logo Coco Cola 


4. Sesuai untuk kebanyakan keadaan
Mainan warna itu penting. Sama ada dijadikan sticker atau bunting, design masih nampak menarik dan eksklusif walaupun dalam keadaan gelap atau cerah, sama ada berwarna penuh atau hitam putih saja.

5. Ketepatan sasaran
Contohnya warna ceria dan penggunaan font sesuai untuk iklan yang disasarkan kepada kanak-kanak. Tona warna redup dan font yang sedikit serius untuk mengiklankan aktiviti forum; dan sebagainya.

Di bawah ini adalah koleksi banner yang telah kami siapkan. Jika berminat mendapatkan banner ini secara percuma, anda boleh terus hubungi kami.

Banner Air Jagung. Semua perkataan boleh diubah mengikut kesesuaian.

About The Author

2 thoughts on “Kepentingan Menggantung Banner Air Balang”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *