Ingin Belajar Jual Air Balang?

Anda masih tercari-cari cara memulakan bisnes jual air balang? Namun tiada sesiapa yang sudi beri tunjuk ajar? Usah risau! Kerana saya sudi membantu anda.

Siapa Saya?

Hai, salam perkenalan daripada saya peniaga air balang, Mizan Sulaiman. Saya telah mula berniaga air sejak tahun 2008 lagi di pasar ramadan.

Selain itu, saya juga menjalankan bisnes air balang ini di pasar malam, pasar tani, dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.

Cara Mula Berniaga.

Saya faham. Ramai dikalangan anda yang berminat nak menjalankan bisnes jual air ini. Tapi ada masalah tidak tahu bagaimana cara untuk bermula.

Jadi itulah sebabnya saya menulis satu ebook berkenaan memulakan bisnes jual air ini. 100% daripada pengalaman saya sendiri saya kongsikan dalam ebook itu.

Perkenalkan…

Hasil 10 Tahun Pengalaman…

Ebook ini saya tulis sesuai untuk sesiapa yang baru nak mula mahupun yang sudah buat bisnes jual air, untuk tambahkan lagi ilmu dalam berniaga.

Apa Yang Dikongsikan Dalam eBook Ini?

1. Cara memohon tapak perniagaan.

Apa sijil yang perlu anda dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan dimanakah untuk mendapatkannya? Semuanya saya tunjukkan dalam bab ini! Siap sekali saya bagi dengan contoh gambar sijil & resit!

Berapa pula besar saiz tapak dan berapakah bayaran bagi setiap tapak? Juga saya tunjukkan kos anggarannya disini!

Bab ini amat penting, terutama sekali jika anda baru pertama kali mahu berniaga di bazar. Tanpa tapak niaga… sudah pastinya tiada bisnes untuk anda.

2. Cara memilih lokasi bazar.

Percaya atau tidak, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan! Ada sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada peniaga. Namun begitu, bilangan pengunjung yang hadir, hanya sayup-sayup sahaja.

Jadi, jangan menjadi mangsa! Kenali tapak-tapak yang “hot” yang ramai pengunjung untuk anda berniaga! Ada beberapa ciri yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu HOT atau tidak!

Saya bongkarkan ciri-ciri tersebut di dalam bab ini!

3. Peralatan & kelengkapan.

Antara 2 benda asas yang perlu anda ada untuk berniaga di bazar, adalah kanopi dan juga meja.
Dalam bab ini saya tunjukkan jenis kanopi serta jenis meja yang anda perlukan.

Saya juga turut berikan anda tempat serta alamat kedai untuk anda membeli peralatan ini dengan harga yang lebih murah!

4. Persediaan & pengurusan masa.

Ada 5 Tips “REAL” yang saya kongsikan dalam bab ini. Ilmu dalam bab ini, hanya “peniaga sebenar” sahaja yang tahu. Hanya orang-orang yang pernah berniaga di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya?.

Jadi, anda perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar anda boleh hadapi segala cabaran sewaktu berniaga di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti anda terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini berlaku kepada anda!

Selain itu, saya juga turut kongsikan rahsia sebenar teknik menarik pelanggan dan bagaimanakah mahu menjadikan gerai jualan anda unik dan berbeza dari peniaga-peniaga yang lain, di dalam bab ini!

5. Resepi jus paling laris.

Di dalam bab ini saya kongsikan “25 Resepi Jus Yang Paling Laris” di pasar ramadhan. Anda tak perlu pening lagi nak buat dan jual air apa. Pilih sahaja beberapa air yang ada diberikan di dalam ebook ini! .

6. Penyediaan air gula.

Dalam bab ini saya fokus bercerita tentang air gula sahaja!

Berapa kilo gula dan berapa liter air yang diperlukan untuk membuat air gula?

Berapa pula senduk air gula yang mahu di masukkan ke dalam bekas cawan atau bekas plastik setiap kali ada pembeli yang membeli air supaya air yang dijual, cukup rasa manisnya!

7. Rahsia jus paling laris.

Ada 7 tips sulit yang saya kongsikan di dalam bab ini! Saya kongsikan apakah sebab saya meletakkan sesetengah bahan ke dalam resepi yang saya berikan dalam bab 5 sebelum ini.

Dalam bab ini juga saya kongsikan tips dimana anda boleh membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah!

Bagaimana pula untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis? Juga ada saya kongsikan di dalam bab ini!

8. Rahsia jualan RM7 ribu sebulan.

Ini adalah bab yang paling menarik di dalam ebook ini. Di dalam bab ini, saya ceritakan semua strategi serta apa yang saya lakukan sehingga mampu mencapai keuntungan sebanyak RM7,000 dengan hanya berniaga 3 balang air di bazar ramadan!

  • Balang air jenis apa yang saya gunakan?
  • Air apa yang saya jual?
  • Berapa kos serta untung menjual air tersebut?
  • Apa teknik yang saya gunakan untuk menarik pelanggan?
  • Dimana lokasi strategik serta bagaimana saya menyusun balang air?
  • Bagaimana saya gandakan keuntungan saya sehingga 3 kali ganda?

Semuanya saya bongkarkan tanpa berselindung kepada anda di dalam bab ini!

9. Strategi menjual di kawasan sekolah.

Ebook ini bukan sahaja sesuai untuk anda yang mahu berniaga di bazar ramadan, tetapi jika anda mahu berniaga di tepi jalan mahupun di kawasan sekolah, anda juga boleh dapatkan ebook ini!

Sebab dalam ebook ini, saya sharekan strategi serta 4 perkara yang penting untuk anda ambil perhatian apabila mahu berniaga di kawasan berhampiran sekolah.

Tunggu Jap!

Khas untuk anda yang pantas bertindak, saya akan bagi satu lagi ebook yang saya baru terbitkan ini. Sesuai untuk anda yang tiada masa kerana kesibukan kerja. Anda hanya perlu fokus pada hujung minggu sahaja, RM4 angka sebulan kompen dalam tangan!

Strategi katering air balang.

Iyalah.. dah alang-alang berniaga air di pasar ramadan dan tepi jalan.. kenapa tak kembangkan bisnes kita kepada bisnes katering air balang pula?

Barang semua dah ada! Cuma perlu adjust sedikit penampilan dan resepi air balang anda, maka anda dah boleh ambil tempahan untuk menyediakan katering air balang di majlis-majlis yang diadakan seperti majlis rumah terbuka, majlis sukaneka, majlis perkahwinan, majlis kenduri dan sebagainya.

Extra income orang kata!

Menarik Bukan?

Apa yang saya kongsikan ini bukan ilmu main ceduk sahaja. Tapi berdasarkan pengalaman saya sendiri selama 10 tahun.

Apa yang saya buat semuanya saya kongsikan dalam ebook ini. Tiada rahsia atau selindung langsung. Berminat nak tahu lebih lanjut boleh klik butang di bawah ini.