Strategi Jual Air Di Kawasan Sekolah

strategi jual air depan sekolah

Hai semua, hari ini kami akan berkongsikan sedikit bagaimana kami menjual air di kawasan sekolah. Jika anda pernah melalui kawasan-kawasan persekolahan, pastinya anda akan ternampak ada sahaja gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman.

Ramai Pengunjung!

Mana taknya, kawasan sekolah itu sendiri merupakan kawasan yang ramai orang lalu-lalang terutama apabila tiba waktu balik dari sekolah. Boleh dikatakan setiap hari kawasan sekolah akan sesak bila sampainya waktu balik dari sekolah. Bagi peniaga air, ini merupakan peluang anda untuk menjual.

Tak Syok!

Tapi satu saja yang tak syok. Apa tu? Sebenarnya kawasan siar kaki sekolah ini adalah kawasan larangan untuk berniaga. Tapi jangan bimbang. Satu tips daripada kami, kalau anda tengok ada ramai peniaga yang berniaga dekat kawasan tu, itu tandanya selamatlah untuk anda juga berniaga.

Sebagai langkah berjaga-jaga, cuba elakkan terus berniaga sekiranya terdapat bantahan daripada PBT atau PIBG sekolah.

peniaga-air-balang-sekolah
Peniaga yang ditangkap ketika berniaga depan sekolah.

Air Paling Laku!

Berdasarkan kepada pengalaman kami sendiri, air yang paling laris di kawasan sekolah adalah seperti air milo, jus mangga, jus tembikai dan teh o ais limau/laici. Jangan pening-pening nak fikir nak jual air apa.

Artikel berkaitan: Cara Buat Air Tembikai Dan Resepi Air Tembikai Paling Ringkas

Anda hanya perlu fokus kepada jenis air ini saja dulu. Jika anda baru nak bermula dengan ada masalah bajet, boleh guna balang 24 liter dahulu (tapi sebaiknya guna balang 33 liter). Sebabnya adalah jumlah pembeli dekat situ tidaklah seramai pembeli di pasar malam.

Untung Jualan!

Untuk kawasan sekolah, kami syorkan harga jual untuk setiap cawan isipadu 16 oz adalah RM1 dan harga itu masih lagi dianggap murah dan mampu dibeli oleh mereka. Kami kurang syorkan anda guna cawan 22 oz kerana harga jual cawan jenis ini adalah RM3. Kurang sesuai jika nak jual harga satu cawan dengan harga RM3 kepada budak-budak sekolah.

Pekat, Kaw & Murah!

Suka saya kongsikan satu kisah penjual air balang di kawasan perumahan saya ini. Namanya Abang Razak. Saya perhatikan beliau ini hanya jual tiga jenis air sahaja, iaitu air jagung, air tembikai dan air mangga.

Saya sempat berborak dengan beliau dan dapat cungkil rahsia yang jualan setiap hari beliau mencapai 120 cawan setiap hari. Jika hari hujan dapatlah dalam 100 cawan. Satu tips daripada beliau, nak bagi air laku senang saja. Rahsia itu ada pada air itu sendiri, pastikan rasa air yang dijual itu sendiri pekat, kaw dan murah.

Jika anda ingin belajar lebih lanjut dalam selok-belok berniaga air balang ini, saya amat syorkan anda untuk follow cara seorang otai air balang ini. Otai ini kongsikan pengalaman beliau sendiri dalam menjual air balang di kawasan sekolah. Klik sini jika berminat nak tahu.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *