Jualan Di Bulan Puasa Meletup Dengan Bisnes Modal Kecil Ini
Salam semua, pada kali ini saya akan kongsikan idea jualan di bulan puasa yang menguntungkan. Jom baca perkongsian saya ini.

oleh Mohd Khairul
Membuat jualan di bulan puasa memang amat menguntungkan kepada peniaga-peniaga di luar sana. Tidak kiralah apa jua jenis perniagaan yang anda lakukan. Hasil jualan pasti akan meningkat setibanya bulan puasa.
Terdapat banyak jenis perniagaan yang boleh anda lakukan jika ingin menjana jualan sampingan di bulan puasa nanti. Oleh itu, suka saya senaraikan beberapa idea yang boleh anda ikut berdasarkan pemerhatian saya pada bulan puasa tahun lepas.
Contoh Idea Jualan Di Bulan Puasa.

Jual Kuih Raya.
Kuih raya merupakan jualan laris di bulan puasa kerana ramai orang akan mula mencarinya apabila diakhir bulan puasa. Kos untuk membuat kuih raya tidak memerlukan kos yang tinggi. Kerana anda boleh memulakan bisnes kuih raya ini hanya dari rumah. Tak perlu sewa kedai, tak perlu beli peralatan yang mahal dan besar.
Anda boleh menerima tempahan secara kecil-kecilan dengan mengambil tempahan kuih raya daripada rakan-rakan terdekat. Tapi ianya tidaklah semudah yang anda sangka jika anda baru nak bermula. Anda boleh follow seorang suri rumah ini, iaitu Puan Roslin yang mahir dalam bisnes kuih ini. Anda boleh baca perkongsian beliau di sini.

Jual Tudung dan Baju Raya.
Berlainan pula dengan tudung. Orang perempuan mempunyai koleksi tudung yang banyak walaupun jarang-jarang memakainya. Bila makin menjelang hari raya, mereka akan membeli tudung idaman mereka agar sedondong dengan baju raya mereka.
Jika anda ingin menceburi bidang jual tudung secara kecil-kecilan, anda boleh baca perkongsian Cik Madihah. Beliau memulakan bisnes jual tudung sejak bergelar pelajar lagi. Modal beliau teramat terhad. Beliau hanya menggunakan duit PTPTN sahaja. Boleh baca perkongsian beliau di sini.

Jual Air Balang.
Jika anda ingin membuat jualan di bulan puasa dengan modal yang kecil, saya amat syorkan anda untuk bermula dengan menjual air balang. Saya bagi contoh bagaimana modal kecil yang saya maksudkan itu.
Sebagai contoh, saya akan menggunakan air soya. Untuk menghasilkan satu balang air soya, peniaga hanyalah memerlukan satu kilo kacang soya. Di mana harga untuk satu kilo kacang soya hanyalah RM12.
Satu balang boleh hasilkan 27 bungkus air kacang soya. Jika anda menjual RM3 untuk satu bungkus, jualan anda untuk satu balang sudah RM81.
Laku Ke Jualan Air Balang Di Bulan Puasa?
Tipulah kalau tak laku. Sebab itulah kalau anda perhatikan peniaga air balang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan tatkala saja tibanya bulan puasa. Orang akan memilih untuk membeli makanan dan minuman terlebih dahulu pada bulan ini. Sebagai peniaga yang bijak mengambil peluang, bulan puasa inilah mereka akan mengaut jualan berlipat kali ganda.
Pelanggan sanggup beratur.
Ada pembeli yang sanggup untuk beratur panjang semata-mata untuk membeli air yang mereka inginkan. Salah satu gerai jualan di bulan puasa tahun lepas yang menarik perhatian saya adalah gerai jual air teh bunga madu.
Bagi anda mesti ianya kedengaran macam biasa-biasa saja kan? Ops! Anda silap. Kerana saya melihat terdapat ramai pembeli yang sanggup untuk beratur panjang untuk membeli teh bunga ini. Bila ditanyakan kepada pemilik gerai air balang ini tentang rahsia air teh bunga, katanya ianya resepi turun temurun.
Disebabkan oleh ramai pembeli yang sanggup beratur itu, maka terlekat nama panggilan Teh Bunga Beratur dikalangan penduduk setempat.

Artikel berkaitan: Resepi teh bunga madu beratur di bazar ramadan.
Air Apa Banyak Jualan Di Bulan Puasa?
Sepanjang beberapa tahun saya turun berniaga di bazar ramadan, air yang banyak jualan di bulan puasa adalah air buah. Air buah yang mudah disediakan tapi memerlukan modal yang kecil seperti, air tembikai, air honeydew, air kedondong asam boi, air mangga.
Saya sendiri tidak menjual banyak balang, ada peniaga menjual sampai sepuluh balang banyaknya. Saya hanya menjual tiga jenis air sahaja dalam satu lokasi bazar ramadan. Ianya kerana bagi memudahkan urusan penghantaran balang ke lokasi dan juga mengelakkan pembaziran sekiranya air yang dijual tidak habis.
Bagi anda yang hendak memulakan bisnes jual air balang pada bulan puasa nanti, saya syorkan anda bermula dengan menjual tiga jenis air terlebih dahulu. Sebab kemungkinan air anda tidak habis adalah tinggi kerana anda tidak mempunyai pelanggan tetap lagi.
Kisah Si Syahmi.
Suka saya kongsikan kisah seorang newbie peniaga air balang ini. Iaitu Syahmi. Pada permulaannya, Syahmi hanya menjual air vanila lemon sahaja. Tapi malangnya, jualannya tidak mendapat sambutan. Kalau diikutkan, air vanila lemon ini merupakan air yang kategori hot juga. Jadi saya sempat juga singgah di gerai jualannya, ketika itu dia hanya menjual di tepi jalan saja.
Rupa-rupanya, lokasi yang dia pilih untuk menjual itu yang kurang strategik. Jadi saya syorkan dia untuk menukar lokasi ke depan kedai kelengkapan rumah kerana saya perhatikan di situ terdapat kemudahan parking dan ramai orang lalu-lalang.
Keesokannya, Si Syahmi ada mesej saya yang jualan air balangnya itu hampir-hampir nak habis. Tinggal lemon dengan batang serai saja dalam balang.

Jualan Syahmi Di Bulan Puasa.
Kisah yang saya kongsikan di atas berlaku pada sebulan sebelum tibanya bulan puasa. Seketika bermulanya bulan puasa tahun lepas, Syahmi memberanikan diri menjejakkan kaki ke dalam bazar ramadan. Dia menjual air tidak banyak, hanya fokus kepada tiga jenis air sahaja.
Dia hanya jual air tembikai, air soda tropica dan air durian belanda. Yang syoknya adalah jualan air di bulan puasa dia sentiasa habis.


Ada peniaga yang bertanya apa rahsia beliau untuk menjual air agar habis setiap hari. Katanya, apa yang dia buat hanyalah ikut seperti apa yang diajar dalam buku Panduan Bisnes Air Balang.Â
Lokasi Jualan Hot Di Bulan Puasa.
Bila sebut bulan puasa, memang tak larilah daripada bazar ramadan. Tapi tak kesemua bazar ramadan ada ramai pengunjung. Sebab pernah terjadi sebelum ini di mana bazar ramadan agak suram daripada kunjungan orang ramai.
Ada segelintir menganjur tapak bazar ramadan yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Mereka tidak kisah sama ada taoak bazar ramadan yang disewa itu ada ramai pelawat ataupun tidak. Yang penting, kesemua petak habis ditempah.
Bagi memastikan anda tidak menjadi mangsa kepada penganjur pentingkan diri sendiri macam ini, anda perlulah membuat sedikit penyelidikan latar belakang penganjur itu. Pastikan penganjur tidak mempunyai kisah buruk pada ramadan sebelum-sebelum ini. Bagi yang sudah lama berniaga di bazar ramadan pasti akan tahu tentang langkah berjaga-jaga ini.
Artikel berkaitan:Â Tips memilih bazar ramadan
Ciri-Ciri Tapak Jualan Ramai Pengunjung Di Bulan Puasa.
Sila pastikan tapak bazar tersebut sudah dibuka pada tahun-tahun sebelumnya. Cuba perhatikan macam mana sambutan di tapak bazar tersebut. Jika tapak bazar itu baru dibuka pada bulan puasa yang akan datang, semak semula latar belakang penganjur terlebih dahulu. Ianya untuk memastikan pihak menganjur tiada rekod buruk.
Tapak bazar yang baik juga perlulah mempunyai ruangan parking kenderaan yang baik. Bagi menjadi penarik pengunjung untuk datang setiap hari nanti. Ketiadaan parking lot yang cukup membuatkan berlakunya kesesakan lalu lintas.
Mungkin menjadi bazar yang terakhir dikunjungi pelawat jika mereka tidak suka akan kesesakan lalu lintas. Anda boleh baca lagi tips pemilihan tapak bazar jualan di bulan puasa dalam buku Panduan Air Balang.Â
Kesimpulan.
Terdapat banyak perniagaan yang boleh anda lakukan jika ingin tingkatkan jualan di bulan puasa. Seandainya anda ingin belajar lebih mendalam dalam bisnes menjual air balang, saya amat syorkan anda untuk follow seorang sifu air balang ini. Iaitu Encik Mizan.
Siapa Encik Mizan ini? Encik Mizan merupakan seorang otai dalam dunia menjual air balang. Bermula dengan minat sejak 2008 sehingga sekarang. Anda boleh baca perkongsian beliau ini dalam meningkatkan jualan di bulan puasa dengan menjual air balang. Klik Sini.