fbpx

Kerja Part Time Melalui Perniagaan Makanan Yang Laris Tahun Ini

Artikel ini menyenaraikan beberapa jenis perniagaan yang pasti mampu menghasilkan pendapatan lumayan melalui perniagaan makanan yang boleh laris.

oleh Mohd Khairul

Banyak kerja part time yang boleh dilakukan pada hari ini dalam menambah pendapatan sampingan. Kerja part time yang akan saya kongsikan pada kali ini adalah kerja secara part time melalui perniagaan makanan yang laris.

Ramai masyarakat sekarang memilih untuk melakukan kerja part time bagi menampung sara hidup mereka. Tapi apakah kerja separuh masa yang boleh mereka lakukan? 

Di sini saya senaraikan empat kerja secara part time melalui perniagaan makanan yang boleh laris dengan banyak.

Empat idea kerja part time melalui perniagaan makanan yang pasti laris.

1. Jual pisang goreng.

Laku macam pisang goreng panas. Memang ramai orang yang suka akan pisang goreng ini. Memang sesuai jika hendak dilakukan sebagai kerja part time

Jualan sehari: RM130.

2. Jual nasi lemak.

Nasi lemak juga salah satu cara untuk menjana kewangan melalui kerja part time.  

Jualan sehari: RM120.

3. Jual buah potong.

Buah-buahan pun mempunyai peminatnya yang tersendiri. Jadi sebagai peniaga, anda kenalah pandai dalam mencari peluang buat duit ini.  

Jualan sehari: RM140.

4. Jual air balang.

Ramai tidak tahu bahawa menjual air balang di tepi jalan mampu meraih pendapatan yang lumayan walaupun dilakukan sebagai kerja part time. Dengan hanya berbekalkan modal RM40, mereka ini berjaya menghasilkan jualan air sebanyak RM130. Itu baru untuk satu balang.

Jualan sehari: RM130 x 3 = RM390.

Untung ke jual air balang?

Boleh ke menjual air menjadi kerja part time yang menguntungkan? Ini merupakan persoalan yang paling kerap ditanya kepada saya tentang jual air ini.

Jadi nak mudah faham saya akan bagi contoh menjual air soya.  Harga kos untuk membuat satu balang air soya memerlukan RM12. Anda hanya perlu membeli kacang soya sebanyak 1 kilogram untuk membuat air ini. 

Daripada pengalaman saya sendiri sebagai penjual air, jualan satu balang air soya akan menjana RM120. Jadi keuntungan di situ sudah RM118. Itu baru jual satu balang. 

Jadi sudah terjawab bukan persoalan, “boleh ke menjual air menjadi kerja part time yang menguntungkan?” itu.

Tips daripada saya, jika anda nak lipat gandakan lagi keuntungan boleh tambah dua balang air lagi. Tapi sila pastikan air yang anda jual itu pelbagai. 

Sebagai pemula, saya sarankan anda untuk menjual air yang memerlukan kos yang rendah untuk disediakan. Contohnya air tembikai, tembikai susu dan air mangga.

Macam mana nak mula menjual air balang?

Pertama sekali, tidak kiralah apa jua perniagaan yang hendak anda ceburi, memang tidak boleh lari daripada modal. Agak-agak anda berapakah modal diperlukan untuk memulakan bisnes ini sebagai kerja part time?

RM2000?

RM1000?.. Bukan!

Hanya RM800 sahaja. Modal itu merangkumi kos pembelian khemah, balang air, meja dan banner.

Saya ada sediakan satu ebook khas percuma untuk anda. Ebook ini sedikit banyak memberi gambaran awal untuk anda memulakan bisnes jual air sebagai kerja part time untuk anda. 

Ebook ini menyenaraikan segala peralatan dan perkakas yang perlu anda sediakan sebagai persediaan jadi penjual air. Boleh isikan nama dan alamat emel anda untuk saya hantar ebook ini. Percuma sahaja.

Kisah lelaki ini jana RM4 angka sebulan.

Suka saya kongsikan kisah seorang abang ini yang berminat berniaga. Kisahnya bermula pada tahun 2008. Pada ketika itu dia memang berminat menjalankan bisnes lain sebagai kerja part time baginya. 

Tapi malangnya tiada sesiapa yang sudi beri tunjuk ajar. Pada permulaan, dia hanya try and error sahaja. Banyak air balangnya tidak terjual, ada yang dicurah ke dalam longkang sahaja. 

Hasil try and error selama beberapa tahun itu, banyak masa dan duit terbakar. Hasil kecekalan maka lahirlah RM4 angka keuntungan sebulan itu.

Siapakah lelaki ini?

Ini dia! Mizan Sulaiman namanya. Beliau merupakan menjual air balang sepenuh masa yang berniaga di pasar tani, karnival keusahawanan, ambil servis katering dan juga di bazar ramadan. 

Antara percapaian terbaiknya ialah menjana keuntungan RM7k sebulan dengan menjual tiga jenis air balang di bazar ramadan baru-baru ini.

Anda berminat nak belajar?

Berita baik! Sebab sebenarnya memang abang Mizan ini telah berjaya melahirkan beberapa orang peniaga air balang di bawah tunjuk ajarnya. 

Beliau  bukan sahaja tunjuk cara hasilkan air balang yang sedap, tapi merangkumi cara untuk berniaga air balang yang sebenar. 

Cara berniaga ini adalah cara yang beliau amalkan dalam dalam penjualan beliau sehingga meraih keuntungan RM7k sebulan.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut pasal cara berniaga yang beliau kongsikan ini, anda boleh klik butang di bawah ini.

Kesimpulan.

Ada banyak cara buat kerja part time pada masa sekarang. Walaupun bisnes yang bakal diusahakan itu hanya memerlukan modal kecil, ianya tidak bermakna keuntungan yang bakal diperolehi nanti juga kecil. 

Ianya bergantung kepada cara anda mengurus dan juga permintaan pada sesuatu servis atau barangan.