Kesilapan Terbesar Dalam Bisnes Air Balang

Sejak kebelakangan ini, saya dapati ramai yang berminat nak menceburi dalam bisnes air balang ini. Tapi daripada pemerhatian saya sendiri, ramai yang fikir buat bisnes air balang ini mudah. Ops! Jika anda berfikir seperti itu, itu merupakan kesilapan terbesar anda. Ini saya senaraikan empat kesilapan yang ramai perniaga air balang sering lakukan.

Tiada ilmu dalam berniaga air.

Tak kiralah anda nak buat bisnes apapun, yang penting sekali adalah ilmu berkaitan bisnes yang bakal anda buat itu. Macam bisnes air balang juga, tak ada penuh ilmu di dada lingkup awal lah jawabnya.

Kalau berdegil nak buat juga, kenalah bersiap sedia untuk tempuhi masalah bakal mendatang. Sanggupkah anda nak kena berdepan dengan pihak majlis perbandaran? Sekarang mereka sedang giat buat operasi menyita gerai-gerai tepi jalan yang tiada kebenaran untuk berniaga.

Jangan risau, dalam ebook Bisnes Air Balang saya ada kongsikan bagaimana nak selesaikan masalah ini.

buku bisnes air balang

Tak pandai melayan pelanggan.

Ini lebih kepada soft-skill. Cuba beramah-mesra dengan pelanggan agar mereka rasa selesa dengan anda. Pada permulaan memang anda rasa kekok sedikit. Tapi boleh perlahan-lahan amalkannya. Yang paling penting pantas ambil order dan pantas siapkan order.

Pernah tak anda beli sesuatu daripada peniaga yang jual air tapi layanan mereka sangatlah lambat. Ada sekali tu pelanggan yang datang kemudian dapat air dulu. Fuhh.. Memang panas jer hati kan. Jadi elakkan sikap demikian semasa menjual air balang.

Lokasi tidak strategik.

Kawasan yang baik untuk berniaga air adalah kawasan yang ramai orang lalu-lalang. Antaranya ialah di tepi-tepi jalan yang merupakan kawasan yang paling ramai peniaga bertapak di situ. Bukan hanya peniaga air balang sahaja, malah peniaga apam balik, pisang goreng, nasi lemak turut berniaga di situ.

Baca: Sembilan tips berniaga air di tepi jalan.

lokasi bisnes air balang

Air tidak sedap.

Ini merupakan kegagalan terbesar jika ada perniaga air yang lakukan kesilapan ini. Paling ketara sekali adalah air kurang manis atau air rasa tawar. Salah satu sebabnya ialah berpunca daripada mencampurkan ais yang terlalu banyak ke dalam balang.

Bila air mencair, rasa manis air akan mula berkurang. Jadi sebagai peniaga air anda haruslah peka dengan perkara ini. Seeloknya, air gula dicampurkan berasingan ke dalam gelas atau plastik semasa membungkus. Elakkan mencampur terus air gula ke dalam balang.

resepi sedap bisnes air balang

Itulah serba sedikit kesilapan yang kerap dilakukan oleh peniaga air yang baru bermula. Nasihat saya, carilah guru jika anda serius dalam bisnes ini. Setidaknya mereka dapat membimbing anda, apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu dielakkan.

Ingin pelajari lagi cara berniaga air balang dengan teknik yang betul? Anda boleh klik butang di bawah ini jika betul-betul serius.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *