Teh Bunga Beratur di bazar Ramadan Stadium Darulaman, Alor Setar bukan saja menjadi tumpuan pengunjung setiap tahun malah ramuannya yang dicampur madu menyebabkan gerainya turut didatangi ratusan lebah.
Pemilik gerai, Zaidi Zainol Abidin, 50, berkata, disebabkan penggunaan madu yang banyak, lebah datang ke gerainya hingga menjadi tarikan pelanggan datang ke situ.
Katanya, dengan bantuan empat pekerjanya, mereka bukan saja sudah lali disengat lebah malah sudah tidak hairan dengan kehadiran serangga itu yang dianggap sebagai rezeki.
Beli air dapat lebah percuma.
“Ada juga lebah yang masuk ke dalam minuman ini tetapi ia tidak membahayakan kesihatan malah pelanggan sudah biasa membawa pulang air minuman teh bunga dengan percuma lebah.
“Bila sampai di rumah, mereka akan tapis dan buang lebah itu sebelum minum malah air teh bunga ini dijual ini tidak mahal cuma berharga RM2 sebungkus,” katanya ketika ditemui di bazar Ramadan di sini hari ini.
Menurutnya, antara keistimewaan air teh bunga yang dihasilkannya adalah lebihan madu yang digunakan selain ramuan lain ciptaan sendiri sehingga menarik minat pelanggannya.
Dapat RM800-900 sehari.
Dia berkata, setiap hari dia akan menghasilkan sekurang-kurangnya 20 hingga 25 tong air teh bunga dan dijual sekitar 3 petang hingga 7 malam.
“Dalam sehari boleh la dapat dalam RM800 hingga RM900 tetapi bergantung pada pelanggan yang datang.

“Tetapi Alhamdulillah, setiap hari air teh bunga ini habis malah ramai dalam kalangan mereka yang datang adalah pelanggan tetap saya.
“Saya hanya menjalankan perniagaan air teh bunga ini pada bulan Ramadan dan kalau nak rasa lagi, kena tunggu bulan puasa tahun depan pulak la,” katanya.

Senang saja buat air ini!
Nak buat air teh bunga ini mudah sahaja. Pertama sekali masak 3 liter air sehingga mendidih. Masukkan 150 gram teh bunga kekwa dan juga tiga batang kayu kamchou.
Kacau sehingga gula batu yang diadunkan bersama hancur dan sebati dalam air. Kemudian tambah madu. Biarkan air sejuk seketika dan masukkan 2 bag ais ke dalam balang air 33 liter. Kacau sebati dan sedia untuk dijual.
Mudah bukan? Kos untuk buat air teh bunga ini hanya sekitar RM30 sahaja.
Artikel berkaitan: Kisah Jual Air Jagung RM1,500 Jualan Sehari.
Itu merupakan ringkasan daripada cara penyediaan air ini. Untuk langkah yang lebih terperinci, saya telah kongsikan dalam ebook Bisnes Air Balang.
Anda boleh rujuk semula dalam bab 5 resepi nombor 13. Boleh klik butang bawah ini untuk ketahui lebih lanjut tentang ebook ini.

Teh bunga ini ialah salah satu resepi daripada 20 resepi yang saya kongsikan dalam panduan ini. Lagi saya akan kongsikan tip-tip untuk buat teh bunga seperti:
- Dekat mana nak beli teh bunga kekwa dengan harga yang murah?
- Berapa banyak madu perlu dicampur ke dalam air?
- Apa fungsi kayu kamchou dan kenapa perlu masukkan tiga batang sahaja? Dan anda boleh dapatkan ia secara percuma sahaja. Ini semuanya saya kongsikan dalam ebook Bisnes Air Balang ini.
Macam mana nak buat jualan macam tu?
Saya percaya, abang ini bukan baru dalam dunia menjual air balang ini. Mesti sudah banyak masa dan kos sudah dihabiskan untuk mendapat jualan seperti itu.
Yela kan, dalam banyak-banyak air kenapa dia hanya menjual air teh bunga sahaja? Air lain tiada permintaan ke apa? Macam saya sendiri, saya habiskan masa 8 tahun untuk mencuba satu persatu cara untuk tingkatkan jualan air.
Kena fokus!
Bila saya sudah jumpa satu ‘benda’ yang berhasil, saya hanya fokus kepada satu itu sahaja. Jadi dalam panduan air balang ini saya kongsikan cara-cara yang terbukti berkesan. Anda tidak perlu lagi habiskan masa dan kos seperti saya dulu.
Apa yang dikongsikan dalam panduan ini?

Ini adalah real bisnes. Jadi saya telah kongsikan bagaimana untuk berniaga dengan cara yang berkesan. Mesti ramai yang fikir nak lariskan jualan air kena buat air yang sedap-sedap.
Itu memang betul, tapi ia bukanlah 100 peratus bergantung kepada rasa sedap air semata-mata. Masih ingat lagi pada air kopi ala-ala hipster yang pernah trending dulu? Anda masih nampak penjual yang jual air itu hari ini?
Baca: Resepi Air Balang Yang Paling Laris Tahun Ini.
Bukan sedap air semata-mata.
Air yang sedap pun boleh sepi begitu saja. Itulah akibatnya jika terlalu mengejar rasa sedap air sehingga ilmu dalam berniaga tidak dititikberatkan.
Yang paling utama ialah kemahiran ataupun seni dalam berniaga akan menjadi tunjang utama sesuatu bisnes air balang itu boleh maju. Itulah yang saya kongsikan dalam panduan ini.
Tak tahu buat air yang sedap? Usah risau, saya sudah sediakan 25 resepi paling laris kepada anda. Bukan sahaja sekadar resepi, malah, cara-cara membuatnya secara bergambar juga ada saya tunjukkan.
Anda boleh klik butang di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut pasal panduan air balang ini.