Berapakah Modal Menjual Air Balang Bagi Pemula?

Oleh Khairul

Modal air balang diperlukan untuk memulakan menjual air. Saya pasti ramai yang berminat untuk menjual air balang. Tambahan lagi, keuntungan yang bakal diperoleh dalam menjual air balang adalah tinggi.

Tapi, berapakah modal diperlukan untuk memulakan bisnes jual air balang ini? Saya pasti ini persoalan yang berada dalam fikiran anda sekarang.

Siapa saya?

Salam perkenalan daripada saya, Khairul. Juga seorang peniaga air balang sejak 2010.

Modal untuk memulakan menjual air balang terbahagi kepada dua. Modal yang pertama ialah modal peralatan, dan modal yang kedua ialah modal membancuh air balang.

Modal peralatan air balang.

Peralatan yang perlu anda sediakan adalah seperti kanopi, meja, balang air, senduk dan plastik bungkus air.

Saya ada senaraikan kesemua peralatan ini di dalam buku di bawah. Kesemua peralatan ini saya sertakan sekali dengan harga agar mudah anda membuat semakan.

Percuma!

modal air balang

Sila isi nama dan emel anda untuk download ebook ini secara percuma.

Modal membancuh air balang.

Modal untuk membancuh air adalah berbeza bergantung kepada jenis air apa yang hendak dibancuh. Jika anda ingin membancuh air soya, modal yang diperlukan hanyalah kacang soya, gula dan juga ais.

Berlainan pula jika anda ingin membancuh air mangga. Modal yang diperlukan ialah 23 biji mangga, gula dan juga ais.

Jual air balang pun boleh hasilkan RM7,000 sebulan? Saya ada kongsikan pengalaman saya hasilkan empat angka sebulan. Boleh klik butang di bawah ini untuk baca.