Resepi Air Balang Yang Paling Laris Tahun Ini

Resepi Air Balang Paling Laris – Kerap juga saya terima pertanyaan daripada peniaga yang baru nak memulakan bisnes jual air ini. Paling top adalah air apa yang paling laris. Ia bergantung kepada trend, masih ingat tak lagi semasa trend gerai air kopi ala-ala hipster tengah popular dulu?

Memang masa itu gerai kopi tumbuh macam cendawan lepas hujan kan. Dekat taman perumahan saya, ada dalam tiga gerai kopi ala-ala hipster ketika itu. Tapi sayang, trend ni tidak bertahan lama. Kalau perasan gerai-gerai ini makin berkurang kan. Yang tutup terus pun banyak.

20 Jenis Air Banyak Pembeli.

Jadi, air jenis apa yang tak telan dek zaman? Ada banyak sebenarnya, yang saya senaraikan ini adalah yang paling popular. Sepanjang saya menjalankan bisnes menjual air ini, resepi air balang yang tidak putus permintaan seperti berikut:

  1. Jus Mangga
  2. Jus Tembikai Susu
  3. Jus Tembikai
  4. Jus Carrot Susu
  5. Jus Asam Boi & Limau Kasturi
  6. Jus Mata Kucing
  7. Jus Air Jagung
  8. Jus Nenas Madu
  9. Jus Buah Naga (Dragon Fruit)
  10. Air MILO
  11. Air Laici Susu
  12. Air Blue Hawaian Lemonade
  13. Air Teh Bunga
  14. Air Kelapa Muda
  15. Air Bandung Cincau
  16. Air Barli
  17. Air Cincau
  18. Jus Ciku
  19. Jus Epal Asam Boi
  20. Jus Kiwi

Artikel berkaitan: Cara Buat Air Tembikai Dan Resepi Air Tembikai Paling Ringkas

Tapi resepi air yang paling best seller kalau jual pada bulan ramadan adalah enam air ini.

  • Air Soya
  • Jus Durian Belanda
  • Coconut Shake
  • Jus Kedondong Asam Boi
  • Teh Ais Viral
  • Air Lemon Soda

Enam jenis air ini saya kategorikan sebagai Resepi Terbaik sebabnya air-air ini pasti akan habis licin kalau dijual di bazar ramadan. Tak caya boleh cuba.

resepi paling laris bazar bulan puasa
Enam resepi air paling laris di bazar ramadan.

Boleh klik butang di bawah ini jika anda berminat untuk mendapatkan koleksi 6 Resepi Terbaik ini.

Pelanggan Sanggup Beratur!

Terbaru! Bulan puasa tahun ini ada seorang peniaga air balang yang hanya menjual satu jenis air sahaja. Tapi pelanggan beliau sanggup beratur panjang untuk membeli air balang beliau. Sampai habis licin air balang setiap hari.

Abang ini bukan jual air tengah viral pun, tapi hanya jual air teh bunga sahaja. Tapi air teh bunganya amat special. Siap ada lebah datang hinggap dekat gerai beliau berniaga. Resepi air ini saya kongsikan dalam ebook Bisnes Air Balang, dalam bab resepi.

air balang paling laris teh bunga
Pelanggan sanggup beratur panjang untuk membeli air teh bunga.
air balang paling laris teh bunga beratur
Ramai lebah datang hinggap menjadikan air ini viral ketika bulan puasa lalu.

Baca: Kisah Teh Bunga Beratur Di Bazar Ramadan

RM243 Sehari Jual Tiga Air Balang .

Nak tahu tak bulan puasa tahun lepas saya jual tiga jenis air sahaja. Air tembikai, air durian belanda dan air mangga. Kos untuk buat tiga balang ini hanya perlukan RM130 saja, tapi jualan sehari boleh dapat RM243. Sebulan sudah RM7,290 kan. Menarik tak? Meh saya belanja salah satu resepi yang saya jual tu, khas untuk balang 33 liter.

jus mangga paling laris

Resepi Jus Mangga

Bahan-bahan:

  1. Mangga masak dalam 4kg (bersamaan 23 biji mangga).
  2. Air yang telah dimasak.
  3. Pewarna oren
  4. Dua tin susu cair & 4 tin susu pekat.

Cara-cara penyediaan jus mangga:

  1. Kupas mangga masak dan buang bijinya.
  2. Masukkan isi mangga tadi sehingga separuh daripada badan pengisar, kemudian masukkan air masak yang sejuk.
  3. Kisar isi mangga menggunakan pengisar elektrik sehingga larut sekata.
  4. Asingkan hasil kisar ke dalam bekas yang berasingan.
  5. Ulang langkah tadi sehingga isi mangga habis dikisar.
  6. Campurkan hasil kisar tadi ke dalam balang air yang berisi dengan 1-2 bag ais. Kacau sehingga sekata.

Tips jus mangga:

  • Gunakan air masak. Elakkan menggunakan air paip kerana ianya tidak elok untuk kesihatan. Rasa air mangga akan janggal kerana air paip mengandungi klorin.
  • Masukkan perwarna oren setitik demi setitik kemudian kacau sehingga mendapat warna yang menarik.
  • Jika ingin menjual jus mangga susu, sila masukkan 4 tin susu pekat dan 2 tin susu cair ke dalam air mangga dan kacau sehingga sekata.

Baca: Resepi Jus Buah Naga Balang 33 Liter.

Ini adalah salah satu resepi air balang paling laris yang saya jual. Mungkin bergantung kepada keadaan cuaca yang panas menjadikan air balang mendapat tempat di hati pelanggan. Oh lupa pula, dalam ebook Air Balang itu, saya ada sertakan dengan video cara membuat jus mangga. Jadi tak la susah sangat kalau tengok video kan?

resepi air balang buku resepi laris

Jika anda ingin belajar lebih mendalam selok-belok berniaga air balang, saya amat syorkan anda ikut apa yang dikongsikan dalam ebook ini. Klik butang di bawah ini untuk maklumat lanjut.

About The Author

4 thoughts on “Resepi Air Balang Yang Paling Laris Tahun Ini”

    1. Hi Ibrahim, saya ada sediakan satu panduan khas untuk awak memulakan bisnes jual air balang ni. Segala tentang cara jual air bermula dari penyediaan peralatan sehingga menyewa tapak jualan saya ada kongsikan di sana.

      Jangan lupa baca dulu ye. Detail ada saya ceritakan di https://airbalang.com/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *