Resepi Air Jagung

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Air RO 3-4 Liter.
2. ½ botol pati jagung double lion 495ml.
3. 3 tin susu pekat dairy champ.
4. 3 tin susu cair dairy champ.
5. 1 sudu kecil pewarna merah.
6. 1 sudu kecil perisa jagung.
7. 1 tin sweet corn ayam brand
8. 1 beg ais kiub.
9. 2 sudu garam halus.

Cara-cara menyediakannya:

1. Masukkan air RO dalam balang air yang berkapasiti 30 liter.
2. Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sekejap.
3. Masukkan pati jagung.
4. Masukkan pewarna dan perisa jagung. Kacau sekejap.
5. Masukkan sweet corn ayam brand.
6. Masukkan garam dan kacau.
7. Masukkan ais kiub 1 beg.
8. Selesai.

Tuangkan kedalam gelas bersama ketulan ais. Boleh juga diletakkan aiskrim vanila diatasnya.