Resepi Air Jagung Ketagih Yang Berjaya Menjana Jualan RM1,500 Sehari

air jagung ketagih 4

Resepi air jagung ketagih: Walaupun nama yang diberikan agak pelik, namun ‘Air Jagung Ketagih’ yang diformulasikan dua rakan karib yang berkelulusan kejuruteraan kian mendapat sambutan di daerah ini.

Minuman ini adalah hasil idea Mohd Farizual Aiman Azmi, 27, yang juga pemegang Ijazah Kejuruteraan Pembuatan dan Adnan Hafif Samsudin, 27, yang mempunyai Ijazah Kejuruteraan Am, masing-masing dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Air jagung ini adalah resepi rahsia air jagung ketagih kami bagi memberi kelainan dari air jagung di tempat lain walaupun bahan-bahan yang digunakan adalah sama iaitu pes jagung, kordial jagung dan susu pekat,” kata Adnan Hafif ketika dikunjungi di gerai mereka di Jalan Stadium.

Raih RM1,000-RM1,500 sehari.

Mengenai sambutannya, beliau berkata dianggarkan antara 300 dan 400 cawan dapat dijual sehari dengan pulangan antara RM1,000 hingga RM1,500.

Secawan air sederhana dan besar dijual antara RM2.50 hingga RM5.50 beserta isi jagung.

“Sambutan orang ramai membuatkan saya tidak lagi kisah dengan status kelulusan saya walaupun sekadar menjual air jagung,” katanya.

Sementara itu Mohd Farizual Aiman berkata, mereka merancang untuk membuka cawangan ketiga di Jitra selepas di Jalan Stadium dan Taman Aman.

Jadi fenomena baharu

“Jualan air jagung ketagih kami mula menjadi fenomena baharu apabila turut menjadi ikutan ramai peniaga yang mula menjual air jagung ditepi-tepi jalan,” tambahnya.

Beliau berkata, usaha mempromosikan air jagung mereka turut dibuat melalui risalah dan Facebook hingga terdapat pembeli dari Perlis, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang mencari gerai mereka apabila berada di Alor Setar.

Rasa segar dan sedap.

Seorang pembeli Sabariah Saad, 55, berkata air jagung tersebut mempunyai rasa segar dan sedap.

“Saya singgah dengan suami kerana ingin merasai sendiri keistimewaan air jagung ini dan terbukti ia lebih sedap dan memberi kepuasan,” katanya.

resepi air jagung ketagih

Senang saja buat air jagung ini!

Mudah saja bancuhan resepi air jagung ketagih ini. Anda boleh ikut resepi menyediaan air jagung bagi balang 30 liter seperti di bawah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Air RO 3-4 Liter.
  • ½ botol pati jagung double lion 495ml.
  • 3 tin susu pekat dairy champ.
  • 3 tin susu cair dairy champ.
  • 1 sudu kecil pewarna merah.
  • 1 sudu kecil perisa jagung.
  • 1 tin sweet corn ayam brand
  • 1 beg ais kiub.
  • 2 sudu garam halus.

Cara untuk membancuh air jagung ketagih:

  1. Tuang air RO ke dalam balang 30 liter.
  2. Campurkan susu pekat dan susu cair. Kacau.
  3. Tuang pati jagung.
  4. Tuang perisa jagung dan pewarna. Kacau.
  5. Masukkan sweet corn.
  6. Masukkan garam. Kacau.
  7. Masukkan 1 bag ais.
  8. Sedia untuk dijual.

Mudah bukan? Kos untuk bancuhan resepi air jagung ketagih ini hanya sekitar RM20 sahaja. Itu merupakan ringkasan daripada cara penyediaan air ini. Untuk langkah yang lebih terperinci, saya telah kongsikan dalam ebook Bisnes Air Balang. Anda boleh rujuk semula dalam bab 5 resepi nombor 7.

Cadangan harga jualan.

Berapa agaknya harga jualan berpatutan perlu dikenakan pada air jagung ini? Cadangan harga saya syorkan ialah seperti di bawah ini:

  • Cawan biasa: RM2
  • Cawan special: RM3
  • Bungkus biasa: RM4
  • Bungkus special: RM5

Special itu bermaksud setiap cawan atau bungkus kena dicampurkan dengan isi jagung tambahan. Anda boleh gunakan isi jagung manis dalam tin sebagai menu special ini.

Macam mana nak buat jualan macam tu?

Saya percaya, abang ini bukan baru dalam dunia menjual air balang ini. Mesti sudah banyak masa dan kos sudah dihabiskan untuk mendapat jualan seperti itu. Yela kan, dalam banyak-banyak air kenapa dia hanya menjual air jagung sahaja? Air lain tiada permintaan ke apa?

Macam saya sendiri, saya habiskan masa 8 tahun untuk mencuba satu persatu cara untuk tingkatkan jualan air. Bila saya sudah jumpa satu ‘benda’ yang berhasil, saya hanya fokus kepada satu itu sahaja. Jadi dalam panduan air balang ini saya kongsikan cara-cara yang berkesan. Anda tidak perlu lagi habiskan masa dan kos seperti saya dulu.

Apa yang dikongsikan dalam panduan ini?

resepi air jagung ketagih panduan

Ini adalah real bisnes. Jadi saya telah kongsikan bagaimana untuk berniaga dengan cara yang berkesan. Mesti ramai yang fikir nak lariskan jualan air kena buat air yang sedap. Itu memang betul, tapi Ia bukanlah bergantung kepada rasa sedap air semata-mata. Masih ingat lagi pada air kopi ala-ala hipster yang pernah trending dulu?

Anda masih nampak penjual yang jual air itu hari ini? Air yang sedap pun boleh sepi begitu saja. Yang paling utama ialah cara pengurusan dan kemahiran dalam berniaga akan menjadi sebab utama sesuatu bisnes air balang itu boleh maju. Itulah yang saya kongsikan dalam panduan ini.

Tak tahu buat air yang sedap? Usah bimbang, saya sudah sediakan 20 resepi ‘best seller’ kepada anda. Hanya perlu ikut saja langkah yang telah saya tunjukkan.

Anda boleh klik butang di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut pasal panduan air balang ini.

About The Author

1 thought on “Resepi Air Jagung Ketagih Yang Berjaya Menjana Jualan RM1,500 Sehari”

  1. Pingback: Cara Buat Air Balang Untuk Lariskan Jualan Tahun Ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *