Resepi air katira menjadi carian paling tinggi apabila musim ramadan menjelma. Kenapa? Sebabnya adalah air katira ini amat sinonim dengan bazar ramadan. Apa yang bestnya air katira ni sampai ramai orang suka air ini? Kerana ia istimewa diadun dengan ramuan herba semulajadi yang membantu menyegarkan dan menyejukkan badan. Susu badam, kurma dan susu yang terkandung dalam air katira kaya dengan protein, potasium dan kalori yang sangat baik untuk sel-sel badan.
Paling mengejutkan, tahap kebuluran pun boleh kembali bertenaga setelah minum air campuran katira ini. Tahu ke?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang cara penyediaan resepi air katira ini. Kepada yang sudah memiliki ebook Bisnes Air Balang pasti sudah tahu rahsia yang kami kongsikan dalam ebook itu kan. Jadi atas permintaan ramai, kami akan kongsikan resepi air katira yang mudah dibuat dan yang penting, enak untuk diminum.
Cara Mudah Buat Air Katira Original Johor
Bahan-bahan:
- 1 tin susu cair
- 2 cawan gula pasir
- 3 keping getah anggur kering/katira
- 12 biji badam
- 3 ketul buah kembang semangkuk
- 1 genggam biji selasih
- 2 cawan cendol
- 1/2 cawan cincau
- 7 biji kurma
- kismis
- kacang tanah goreng
- secubit garam

Langkah-langkah penyediaan Air Katira:
A: Sirap pandan
- Sebelum membancuh air katira, korang hendaklah menyediakan sirap terlebih dahulu.
- Mula-mula, rebus 3 cawan air hingga mendidih.
- Masukkan 2 cawan gula pasir bersama daun pandan yang telah dikisar. Kacau hingga larut.
- Kemudian, padamkan api. Tuang dan tapiskan air gula hijau ke dalam balang air besar.
- Simpan dan ketepikan dahulu.
B: Susu badam
- Kisar badam yang diasing daripada kulit hingga halus bersama secawan air.
- Masak kisaran badam tadi sehingga mendidih bersama 2 cawan air.
- Padamkan api setelah mendidih beberapa minit.
- Tapis dan tuangkan susu badam ke dalam balang air yang berisi air gula hijau tadi.
C: Membancuh air katira
- Masukkan kurma yang telah dicarik-carik ke dalam balang air tadi.
- Boleh juga jika kurma tadi dibuang biji dan dihiris nipis. Terpulang.
- Masukkan pula katira, biji selasih dan buah kembang semangkuk yang telah kembang
- Tuang susu sejat, cendol dan secubit garam. Kacau hingga sekata semua bahan-bahan.
- Hidangkan air katira samaada dalam gelas besar atau mangkuk pencuci mulut.
- Tabur kacang goreng, kismis dan cincau sebagai toppings.
- Sedia dinikmati sebagai “energy booster” waktu berbuka setelah seharian berpuasa!
Baca: Resepi Coconut Shake Yang Mudah
NOTA: Biji selasih boleh didapati dari gerai peniaga Cina atau kedai India yang menjual makanan kering. Kembang semangkuk pula boleh didapati di kedai ginseng Cina dan katira pula boleh didapati di kedai peniagaan India.
Ingin dapatkan lagi resepi menarik untuk hasilkan air balang? Jom dapatkan koleksi resepi hot seller ini agar pelanggan sanggup beratur panjang untuk beli air balang anda.
saya suka buat air Untuk diriku jual sb saya meniaga kecil -kecilan
Okey dah tu. Jual air secara kecil-kecilan pun boleh tambah duit saku.