Resepi Air Tembikai Susu Lariskan Jualan Air Balang Tahun Ini

Resepi air tembikai susu ini saya kongsikan disebabkan ada ramai yang meminta saya untuk ajar cara buat air ini dengan cara yang betul. Resepi menghasilkan air tembikai susu ini haruslah mengikut nisbah campuran yang betul agar air yang bakal dihasilkan nanti betul-betul sedap.

Resepi membuat air tembikai susu.

Bagi resepi kali ini, bahan yang saya gunakan ini adalah untuk menghasilkan air tembikai susu bagi balang 24 liter.

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah tembikai susu (saiz besar).
  • 1/2 tin susu pekat.
  • Secubit garam.
  • Air bertapis.
  • Pewarna hijau epal.

Cara membuat:

  1. Kupas kulit dan potong kecil isi tembikai susu.
  2. Masukkan isi tembikai susu dan air ke dalam pengisar.
  3. Kisar bahan tadi sehingga hancur.
  4. Asingkan bahan kisar ke dalam bekas takungan ataupun botol.
  5. Ulang langkah di atas sehingga kesemua isi tembikai susu habis dikisar.

Persediaan di tapak berniaga:

  1. Tuang hasil kisaran tadi ke dalam balang air 24 liter.
  2. Masukkan satu liter air bertapis ke dalam balang tadi.
  3. Masukkan setengah susu pekat dan secubit garam.
  4. Kacau sehingga campuran air menjadi sekata.
  5. Masukkan satu bag ais kiub ke dalam balang.
  6. Kacau sehingga sekata.
  7. Tambah pewarna hijau epal setitik demi setitik sehingga naik warna. Kacau sekata.
  8. Sedia untuk dijual.

Nota: Air gula dicampurkan berasingan ketika membungkus air ini.

Baca: Resepi Air Jagung Ketagih RM1,500 Jualan Sehari.

buah tembikai susu berisi manis

Cara memilih buah tembikai susu yang elok.

Memang tidak dinafikan bahawa resepi atau rasa sedap air tembikai susu yang dihasilkan adalah bergantung kepada buah tembikai itu sendiri. Jadi saya akan kongsikan bagaimana hendak memilih buah tembikai ini yang berisi elok.

  • Cuba bau tangkai buah. Tangkai buah tembikai susu yang sudah masak akan menghasilkan bau yang seakan-akan manis. Pilih buah jenis ini.
  • Pilih buah yang kulit tidak berkilat. Kulit buah berkilat menandakan bahawa buah tersebut masih belum masak ataupun masih muda.
  • Pilih buah yang berkulit kuning. Kulit buah yang kekuningan bermaksud buah tersebut sedang ranum.
  • Pilih buah yang berat berbanding dengan saiznya. Buah yang berat macam ini bermaksud buah itu isinya lebih berjus.
  • Cuba goncang buah terlebih dahulu. Jika anda terdengar bunyi, itu tandanya buah itu sedang ranum dan mekar. Bunyi itu adalah bunyi daripada biji yang mula lekang di dalam buah tersebut.
  • Pilih buah yang ada tompokan perang (seperti dalam gambar di bawah). Tompokan perang ini menandakan isi buah itu manis.

Baca: Cara Pilih Buah Tembikai Berisi Manis.

Resepi air tembikai susu
Tompokan perang pada kulit buah.

Kira-kira kos menyediakan resepi air tembikai susu.

Bila buat bisnes jual air ini sudah mesti nak dapatkan keuntungan bukan. Jadi berapa kos yang diperlukan untuk hasilkan satu balang air tembikai susu ini? Di bawah ini saya senaraikan kos ataupun modal untuk membuat satu balang air ini.

untung jual resepi air tembikai susu

Artikel berkaitan: Resepi Air Tembikai Yang Sedap

Begitulah serba sedikit resepi menghasilkan air tembikai susu. Jika anda berminat untuk belajar lebih mendalam teknik jual air balang yang betul, boleh klik butang di bawah ini. Saya akan terangkan caranya di situ.

About The Author

9 thoughts on “Resepi Air Tembikai Susu Lariskan Jualan Air Balang Tahun Ini”

  1. Pingback: Cara Buat Air Balang Untuk Lariskan Jualan Tahun Ini

  2. Khairul aku impressed. So untuk jual cendol.. air soya.. di Melaka ..jual tepi jalan best ke atau jual di medan sarapan. Ni yg ai perlu tau

  3. Pingback: Syikin Mansur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *