Atas permintaan ramai, saya kongsikan cara-cara untuk membancuh jus nenas madu. Sukatan bahan yang saya guna ini khas untuk balang 33 liter. Sekiranya anda ingin menggunakan balang berlainan saiz, anda boleh ubah kuantiti bahan mengikut kesesuaian.
Bahan-bahan:
- 8 biji nenas madu.
- 8 liter air putih.
Cara-cara penyediaan teh ais:
- Potong nenas kecil-kecil. Mata nenas perlu dibuang.
- Kisar nenas yang dipotong sehingga halus.
- Tuang hasil kisar kedalam balang 33 liter. Hampas tak perlu ditapis.
- Ulang kisar isi nenas sehingga habis kesemua 8 biji nenas tadi.
- Setelah selesai, masukkan 1-2 bag ais ke dalam balang. Kacau sehingga sekata.
- Sedia untuk dijual.
Nota: Campur air gula ke dalam cawan apabila ada pelanggan nak beli.
Cara memilih buah nenas yang berisi manis.
- Cuba bau buah nenas. Nenas yang berisi manis akan berbau seakan-akan manis.
- Cuba tekan buah nenas menggunakan jari dengan lembut. Kulitnya akan terasa sedikit keras tapi anda boleh rasai yang isinya ada sedikit lembut.
- Cuba rasa berat buah nenas. Nenas yang berjus akan berat sedikit berbanding dengan saiz.
Anda ingin tahu cara untuk lariskan jualan air nenas madu? Jom saya kongsikan sembilan tips untuk lariskan jualan air. Klik je butang bawah ini untuk baca.