Atas permintaan ramai, saya kongsikan cara-cara untuk membancuh air teh ais. Sukatan bahan yang saya guna ini khas untuk balang 33 liter. Sekiranya anda ingin menggunakan balang berlainan saiz, anda boleh ubah kuantiti bahan mengikut kesesuaian.
Bahan-bahan:
- Teh serbuk cap masjid 900g.
- Susu pekat 8 tin & susu cair 4 tin.
- Buah pelaga/kayu manis atau cengkih (tak mahu letak pun boleh)
- Cincau 1 ketul.
- Air 8 liter.
- Ais 1 bag.
Psss.. Jangan lupa untuk join channel telegram kami. Terdapat banyak tips & resepi air balang kami kongsikan di sana.
Cara-cara penyediaan teh ais:
- Panaskan 8 liter air dalam periuk.
- Masukkan serbuk teh.
- Masukkan buah pelaga/kayu manis atau cengkih. Kacau sehingga mendidih.
- Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.
- Masukkan 8 tin susu pekat dan 4 tin susu cair. Kacau sehingga sebati.
- Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah tutup api.
- Setelah air teh sejuk, tapis air teh tadi ke dalam balang 33 liter.
- Masukkan 1-2 bag ais ke dalam balang. Masukkan cincau. Kacau sehingga sekata.
- Sedia untuk dijual.
Anda ingin tahu cara untuk lariskan jualan teh ais? Jom saya kongsikan tips sembilan cara untuk lariskan jualan air. Klik je butang bawah ini untuk baca.