Tips Memilih Tapak Bazar Ramadan Untuk Berniaga Air

Sebelum anda memilih tapak pasar ramadan yang anda suka, kaji dulu lokasinya. Jangan pilih pasar ramadan yang baru dianjurkan atau tak pernah wujud sebelum ini. Tapak baru amat susah untuk tarik pelanggan datang.

Ada penganjur yang niatnya hanya untuk kaut untung melalui yuran tapak kepada peniaga. Mereka tak akan bertanggungjawab dan akan lesap jika bazar ramadhan anjuran mereka tidak dikunjungi orang ramai!

Jadi disini! Saya kongsikan 4 tapak bazar ramadan yang boleh anda pertimbangkan untuk masuk berniaga di bazar ramadhan.

1. Di Kawasan Pasaraya Terkenal

Ada bazar yang dibuka berhampiran pasaraya terkenal. Sangat strategik dan paling menjadi tumpuan ramai! Contohnya di Kajang, tempat yang boleh digelar happening adalah di tapak pasar tani Prima Saujana. Tak jauh dari Giant atau di jalan TAR, K.Lumpur.

Di Bandar Baru Bangi, port yang meriah dengan peniaga dan orang ramai setiap tahun adalah di belakang bangunan PKNS dan stesen minyak Shell. Tetapi perlu diingat, sila dapatkan tapak seawal yang mungkin. Persaingan tapak memang sengit!

2. Tapak Pasar Malam/pasar Tani

Di tapak pasar tani Presint 2 Putrajaya atau pun Jalan TAR Kuala Lumpur, bazar ini menjadi lubuk duit dan rebutan kepada peniaga. Tapak ini lebih digemari oleh peniaga kerana mereka telah ada
pelanggan setia. Jadi tak perlu risau jualan tak mendapat sambutan.

Ada peniaga yang sanggup berulang-alik dari Keramat, Kuala Lumpur, Shah Alam dan Gombak. Sama juga seperti di bazar seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Itu sebab ada yang ambil kesempatan jual tapak dengan harga yang lebih mahal.

3. Kawasan Hostel IPT/ Universiti

Ya! Ini memang lokasi yang cukup โ€˜hotโ€™. Kebanyakan pelajar akan membeli juadah di pasar Ramadhan. Jarang budak-budak U ni nak masak sendiri di rumah. Eksploitasi keadaan ini menjadi sumber rezeki kepada anda. Katakan โ€˜Saya mesti Pilihโ€™! Tapi ingat yaโ€ฆKalau bulan puasa jatuh masa cuti semester, mungin sales akan drop mendadak. Hostel kosong sebab semua dah balik kampung. Check kalendar dulu yaa..fikir masak-masak.

4. Kawasan Tumpuan / Kemudahan Penduduk

Di hadapan deretan kedai runcit, masjid, dewan atau pusat setempat masyarakat atau laluan jalan utama. Biasanya kategori ini terletak di kawasan pekan atau kampung. Di sesetengah tempat, cuma RM3 dikenakan untuk bayaran sampah sahaja. Tiada bayaran tapak bulanan dikenakan.


Apa yang saya kongsikan ni cuma 1% sahaja daripada isi kandungan ebook Bisnes Air Balang. Dalam ebook ini saya telah kongsikan bagaimana saya boleh hasilkan jualan RM7,000 hanya jual tiga balang air sahaja di bazar ramadan tahun lepas. Boleh klik butang di bawah ini jika anda mahu tahu lebih lanjut.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *