Bulan April lepas saya berjumpa seorang pembeli ebook air balang. Syahmi namanya. Dia ni menjual jus lemon soda di depan Mesa Mall, Nilai. Kebetulan saya berada di Nilai, jadi singgah la sekejap.
Sebelum ini saya hanya bersembang dengan dia dalam wasap saja. Tapi semalam dapat jumpa depan-depan pula. Si Syahmi ini bertanya kat saya kenapa tidak ramai orang singgah dekat gerai dia.
Dia kata dah ikut sebijik dah resepi dalam Bisnes Air Balang tu. Jadi saya cuba lah rasa air yang si Syahmi buat tu. Rasa dah okey. Dah 100% lulus.
Terpikir saya sekejap… Kenapa ye??
Rupanya lokasi gerai dia yang kurang strategik. Saya nasihatkan agar tukar lokasi.
Saya cakap ” Cuba awak pindahkan gerai ni depan kedai langsir dekat simpang tu pulak”.
Keesokannya…
Sebelum pukul 4 petang, Syahmi wasap saya bagitau jus lemon soda sudah habis licin terjual. Tinggal hampas dan kulit lemon jer…
Itu sebelum puasa, selepas puasa pula si Syahmi ini cuba nasib jual air di bazar ramadan Nilai.
Dia jual 3 balang jer. Ikut sebijik macam saya syorkan dalam ebook Bisnes Air Balang tu. Yang bestnya, air tembikai, durian belanda, dan soda tropika habis licin setiap hari.
Dalam ebook tu juga saya syorkan agar ubah atau cipta nama air anda sendiri. Kalau jual air soya, cuba ubah kepada air soya janda meletop ke, atau macam-macam nama lagi. Bukan apa, saja nak tarik perhatian orang lalu-lalang depan gerai. Baru nampak hispster gitu.
Kenyataan yang agak menyeramkan jika berniaga di bazar ramadan Nilai ini adalah hampir 70% peniaga terdiri daripada peniaga air balang. Yang jual makan tak ramai.
Jadi persaingan tu memang boleh dikatakan sengit jugak lah kan. Macam-macam jenis air yang ada, ada yang jual 10 balang terus pun ada.
Tapi macam mana nak survive dalam persaingan macam ini? Macam mana Syahmi dapat jual air balang hingga habis licin setiap hari? Dia follow rapatrapat apa yang saya tulis dalam ebook Air Balang tu.
Jap…
Ingin belajar menjual air balang? Saya syorkan anda untuk dapatkan ebook Bisnes Air Balang ini.
Panduan lengkap untuk memulakan bisnes jual air walaupun anda tiada pengalaman langsung dalam berniaga. Hasil daripada pengalaman otai air balang yang berniaga air selama 10 tahun.
Turut dikongsikan juga 25 resepi paling laris sepanjang otai ini menjual air. Saya juga kongsikan kes studi macam mana saya boleh hasilkan RM7,240 pada bulan puasa tahun lepas, dengan menjual 3 balang air sahaja.
Boleh klik butang bawah ini jika berminat.
Jangan lupa share artikel ini. Mungkin boleh beri manfaat kepada calon-calon yang lain.