Masa bulan puasa peniaga air balang ni kaut keuntungan melalui berniaga di bazar ramadan. Tapi pada musim perayaan lagi la berlipat kali ganda kalau pandai cari peluang. Macam mana tu? Okey, musim perayaan ni lah ramai yang akan melangsungkan majlis perkahwinan.
Sebagai contoh, anda ambil bayaran RM100 untuk setiap balang. Tapi jika majlis kahwin, tuan rumah biasanya akan menempah 10 balang sekaligus.
Jadi jumlah bayaran anda dapat: RM100 x 10 balang = RM1,000
Tapi tuan rumah pasti akan minta diskaun,
Jadi harga lepas diskaun: RM1,000 – RM200 (diskaun) = RM800
Baca: Cara melariskan jualan air balang di kawasan sekolah.
Pelanggan terasa dihargai
Pemberian diskaun ini adalah satu cara untuk memberi gambaran kepada pelanggan anda bahawa anda ambil berat/prihatin pasal mereka. Jadi jika ada kenduri di lain-lain masa, pastinya mereka akan mencari anda kembali.
Kos air batu & bahan-bahan: RM300
Jadi keuntungan anda: RM800 – RM300 = RM500
Nampak tak macam mana anda dapat mengaut keuntungan RM500 dalam masa satu hari?
Kena pandai ambil peluang
Tapi bukan terhad kepada majlis kahwin sahaja, anda juga boleh ambil tempahan untuk majlis katering rumah terbuka hari raya, majlis sukan di sekolah, ataupun di acara larian amal, dan banyak lagi. Bergantung kepada kreatifnya anda. Nak jadi usahawan air balang kena bijak ambil setiap peluang yang ada.



Otai ini berpengalaman 10 tahun
Berminat nak belajar cara menjalankan bisnes katering air balang? Saya syorkan anda untuk ceduk ilmu daripada otai air balang ini. 10 tahun pengalaman dalam dunia air balang. Bukan sahaja bazar ramadan dan pasar malam, katering air untuk orang kahwin pun beliau pernah buat.

Baru-baru ini beliau baru sahaja terbitkan satu panduan baru. Iaitu panduan buat katering air balang. Amat sesuai untuk anda yang tiada masa untuk jual air balang ini. Hanya fokus di hujung minggu sahaja. Klik butang di bawah ini untuk maklumat lanjut.
Apa dikongsikan dalam ebook katering air balang ini?
- Peralatan asas untuk memulakan servis katering air balang. Anda perlukan lima peralatan asas untuk mulakan servis katering ini. Tanpa adanya lima peralatan ini, memang akan kena marah dekat pelanggan anda la jawabnya.
- Cara buat katering air balang empat angka sebulan secara part-time di hujung minggu. Saya senaraikan tiga pakej yang wajid anda sediakan. Ada pelanggan yang nak tempah sedikit, dan ada juga yang nak tempah banyak. Tanpa pakej ini, anda susah nak capai empat angka sebulan secara part-time.
- Strategi promosi katering air balang. Peralatan dah ada, pakej pun dah ada. Tapi kalau tiada promosi tiada guna juga. Jadi saya senaraikan lima cara promosi yang saya lakukan selama saya buat servis katering air balang ini. Tanpa promosi ini, anda susah nak lawan servis katering yang ditawarkan oleh peniaga air balang yang lain. Silap-silap, orang tak tahu pun yang anda boleh terima servis katering.
- Kes studi. Saya akan kongsikan secara terperinci bagaimana saya buat servis katering air balang. Daripada cara bancuhan air sehingga cara kira keuntungan di suatu majlis. Anda follow saja langkah-langkah yang saya kongsikan dalam ebook ini, isyaallah mengendalian air balang anda akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Tidak ramai peniaga air balang yang nak terjun ke dalam servis katering ini. Ada antara mereka beranggapan servis katering air balang memerlukan masa dan kos yang besar. Itu silap! Jika anda berminat nak belajar lebih mendalam pasal katering air balang, boleh baca maklumat lanjut ini. BACA SINI