Ossemm! Jom baca…

Pada pendapat jujur saya, jus buah naga ni tak berapa sedap pun. Okey la.. Tak tahu la kalau anda suka rasa dia. Tapi sebagai peniaga kita kenalah ikut selera pelanggan kita kan. Mungkin warna jus tu yang merah ungu memikat hati pembeli kot. Saya agak la.

Ni adalah tempat yang selalu saya borong buah naga:

1. Econsave : RM8.00 / biji
2. Chow Kit : RM6.00 / biji
3. Sepang, area pantai Bagan Lalang. Di situ memang ada ladang tanam buah naga.

Sebelum anda nak jual air buah naga, pastikan lokasi yang anda nak jual tu ada permintaan terhadap air buah ini. Cuba buat research dulu. Kenapa? Sebab tak semua kawasan suka air ni. Macam saya dulu, jual dekat kawasan kampung. Tak tahu kenapa orang-orang kampung tak gemar dengan buah naga. Tapi berbeza pulak dengan kawasan bandar. Kawasan bandar memang ada permintaan. Mungkin buah naga tergolong dalam buah-buahan eksotik kot. Mungkin lah kan?

Pasal modal untuk satu balang pulak lebih kurang RM60. Tu termasuk dengan buah naga, susu cair, susu pekat, ais batu, air gula. Nampak tak modal air ni tinggi kan? Macam jus mangga modal dalam RM20-30 jer. Nak balik modal paling kurang pun kena jual 20 cawan (tu kalau jual RM3/cawan). 20 cawan banyak tu.

Jadi dapat ke untung jual jus buah naga? Macam saya cakap tadi la, untung rugi bergantung kepada permintaan. Buah naga ni ada peminat dia sendiri. Jadi memang boleh untung kalau banyak permintaan.


Saya harap anda dapat pelajari sesuatu dari tips yang saya kongsikan hari ini. Untuk ketahui lebih banyak strategi bisnes air balang, boleh klik butang ini.Klik Sini