Resepi Air Balang Paling Laris 2024

7 Resepi Air Balang Paling Laris

Antara resepi air balang paling laris boleh anda cuba jual ialah:

  • Resepi teh ais cincau
  • Resepi jus tembikai
  • Resepi air katira
  • Resepi jus nenas madu
  • Resepi dragon fruits mix coctail
  • Resepi green tea
  • Resepi air coconut shake

Bagaimana Nak Bancuh Resepi Air Balang Ini?

Di bawah ini saya kongsikan kepada anda tujuh resepi air balang terlaris. Termasuk cara-cara untuk menbancung air balang ini. Anda boleh cuba menjual air balang ini, saya yakin jualan air balang anda akan meningkat hari demi hari.

Resepi Teh Ais Cincau

Bahan-Bahan

  • Teh serbuk
  • Susu full cream
  • Gula (ikut sukatan yang korang nak buat)
  • Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
  • Cincau

Cara Buat Teh Ais Cincau

  1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
  2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.
  3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana. 
  4. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah tutup api.
  5. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.

Resepi Jus Tembikai

Bahan-Bahan

  • Tembikai
  • Air

Cara Buat Jus Tembikai

  1. Blend 2 biji tembikai dengan sedikit air
  2. Ais 1 beg
  3. Kemudian tuangkan kesemua tembikai yang sudah di blend ke dalam balang yang besar
  4. Sedia untuk dijual

Resepi Air Katira

Cara Buat Air Katira

  1. Masukkan 1 tin susu cair dalam bekas berisi ais
  2. Kemudian masukkan 1 tin susu pekat manis
  3. 1/2 botol besar air soda F&N
  4. 2 sudu kecil esen perasa pisang
  5. 1 sudu kecil pewarna hijau
  6. Semangkuk kecil kurma cincang
  7. Semangkuk cincau
  8. Semangkuk biji selesih yang telah direndam
  9. Kacau hingga sebati
  10. Tambah segelas besar air ais

Resepi Jus Nenas Madu

Bahan-Bahan

  • 10 biji Nenas Madu
  • 2 kg Gula Pasir
  • Air Bertapis secukupnya
  • Ais batu 2 beg besar

Cara Buat Jus Nenas Madu

  1. Masukkankn kesemua nenas yang telah dipotong halus ke dalam blender.
  2. Blend sehingga hancur.
  3. Sedia ditapis untuk membuang hampasnya.
  4. Masukkan ais batu dan sedia dijual dan diminum

Resepi Dragon Fruits Mix Coctail

Bahan-Bahan

  • Buah naga 1 kg
  • Cocktail-tin 2 tin
  • Lychee 1 tin
  • Mangga 1 kg
  • Susu pekat 6 tin
  • Susu Cair 2 tin 
  • Garam 1 sudu kecil
  • Air 4 liter

Resepi Green Tea

Bahan-Bahan

  • Air 5 liter
  • Green tea 350-400 gram
  • Susu pekat 2 tin
  • Susu cair 2 tin
  • Garam 1 Sudu kecil
  • Sedikit pewarna hijau (ikut Suka)

Resepi Air Coconut Shake

Bahan-Bahan

  • Air kelapa muda
  • Ais krim vanila
  • Isi buah kelapa
  • Ais
  • Air gula

Cara Buat Air Coconut Shake

  1. Sediakan blender.
  2. Masukan semua bahan-bahan; air kelapa muda, isi buah kelapa, dan ketulan ais ke dalam blender.
  3. Masukkan juga sedikit air gula secukup rasa
  4. Kemudian blend semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
  5. Campurkan aiskrim vanilla
  6. Siap sedia dihidang dan dijual kepada pembeli

Saya harap dengan perkongsian resepi air balang terlaris ini boleh memberi idea kepada anda nak jual air apa nanti. Untuk menaikan jualan air balang, saya syorkan anda baca perkongsian otai air balang ini.

Pengalaman otai ini menjual air balang selama 10 tahun. Sila klik butang di bawah untuk teruskan pembacaan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *