Suntikan Typhoid Untuk Peniaga Air Balang

Kalau nak berniaga air balang di bazar ramadan, peniaga perlu mendapatkan suntikan typhoid bagi mengelakkan anda susah di kemudian hari. Pihak berkuasa memang akan menjalankan operasi di sekitar bazar ramadan, kalau nasib kurang baik kena kompaun la jawabnya.

Semua pengendali makanan di Malaysia wajib patuh kepada AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988 yang tertulis:

AKTA MAKANAN 1983
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
Pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan
31. (1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.
(2) …

Adalah menjadi tanggungjawab sebagai peniaga air balang untuk mendapatkan vaksin imunisasi ani-typhoid bagi mengawal penularan penyakit demam kepialu. suntikan typhoid boleh didapat di Klinik kerajaan mahupun agensi-agensi kerajaan yang bekerjasama seperti PBT.

Suntikan imunisasi ini juga boleh didapati di klinik-klinik swasta berhampiran namun begitu tidak semua klinik yang menyediakan perkhidmatan ini disebabkan permintaan yang kurang dan keengganan mereka menyimpan stok vaksin yang mempunyai tarikh luput yang singkat. Kadar harga suntikan vaksin ini boleh didapati di klinik swasta pada kadar harga RM 50.00 โ€“ RM85.00

Bagi peniaga air balang, pastikan anda menyediakan gambar terkini berukuran passport. Ini adalah kerana, selepas suntikan dibuat Kad Suntikan Typhoid akan diberikan kepada anda dengan gambar dan cop doktor tersebut tertera pada kad mengesahkan bahawa anda telah mengambil suntikan Typhoid pada tarikh tersebut. Pastikan juga anda mendapat surat pengesahan doktor yang mengesahkan anda telah mendapat suntikan tersebut.

Mahukan lagi ilmu dalam menjual air balang? Saya ada kongsikan pengalaman saya selama 10 tahun menjual air balang. Sila klik butang di bawah untuk baca.

About The Author

8 thoughts on “Suntikan Typhoid Untuk Peniaga Air Balang”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *